Connect with us

Oh! Media

Maryam Luah Rasa Kena Sisih, Fizo Omar Akhirnya Bersuara

Ohmedia fizo Omar Maryam

Trending

Maryam Luah Rasa Kena Sisih, Fizo Omar Akhirnya Bersuara

Fizo Omar akhirnya bersuara isu anak sulungnya, Wan Maryam yang rasa tersisih.

Sebelum ini, tular luahan anak kepada Fizo Omar iaitu Maryam yang menyentuh hati ramai netizen apabila mendakwa dirinya seolah-olah tidak lagi disayangi oleh bapa sendiri.

Menurut laporan xtra, Fizo Omar akhirnya membuka mulut berhubung dakwaan anak sulungnya, Wan Maryam yang dikatakan terasa hati kerana berasa disisihkan.

Fizo Omar enggan panjangkan isu

Namun begitu, Fizo memilih untuk tidak mengulas panjang, dengan harapan isu ini tidak diperbesarkan.

IKLAN

Saya minta maaf kerana berasa tidak perlu buat apa-apa kenyataan mengenai perkara ini sebab tak nak isu ini berlarutan. Saya harap semua faham, terima kasih.

Luahan Maryam undang perhatian

Fizo Omar Maryam

Kenyataan Maryam itu ternyata mengundang pelbagai reaksi dari netizen, yang rata-ratanya bersimpati dengan perasaan Maryam.

Maryam tengok macam daddy tak sayang. Awak ada ramai anak tapi anak sulung awak ini rasa yang awak dah tak suka dia.

Untuk rekod, Maryam adalah hasil perkahwinan Fizo bersama usahawan terkenal, Mawar Karim pada tahun 2013. Mereka bagaimanapun bercerai pada tahun 2019.

Pada tahun 2021, Fizo berkahwin dengan Fazeera Nazri Azrai dan hasil perkahwinan tersebut mereka kini mempunyai beberapa orang cahaya mata.

Pssttt! Anak mungkin tak pandai meluah, tapi mereka tahu bila kasih sayang berubah. Ambil masa untuk dengar dan fahami perasaan mereka. 

Kredit: xtra
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas