Connect with us

Oh! Media

Mangsa Takut Mengaku Dibuli, Kakak Terpaksa Tipu Nenek Konon Jatuh Main Futsal

buli

Oh! Tidak

Mangsa Takut Mengaku Dibuli, Kakak Terpaksa Tipu Nenek Konon Jatuh Main Futsal

Kakak kepada pelajar lelaki yang telah menjadi mangsa buli sekumpulan pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah menengah mahu berjuang menuntut keadilan untuk adiknya.

ADVERTISEMENT

Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Taman Melawati, Ampang telah mengalami kecederaan di bahagian muka, dahi dan tengkuk akibat dibelasan oleh sekumpulan pelajar senior.

Menurut kakak kepada mangsa yang mahu dikenali sebagai Nisha, adiknya merupakan anak bongsu kepada empat adik beradik ada menunjukkan perubahan sikap sejak kejadian berkenaan.

Dia jadi macam tak banyak bercakap dan lebih gemar menyendiri pada beberapa hari pertama selepas insiden itu viral. Selera makan pun berkurang… mungkin sebab rahangnya sakit.

Selepas kami buat laporan polis pada 11 Mei dan selesai kira-kira pukul 2 pagi, kami terus bawa dia ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

Disebabkan kejadian tu dah berlaku tiga hari sebelumnya, maka kesan pukulan tak berapa nampak kecuali ada part luka dekat kening dan lebam juga.

mangsa

Walau bagaimanpun, kakak mangsa bersyukur kerana doktor mengesahkan tiada kecederaan serius seperti patah tulang dan sebagainya.

Tambahan, keadaan adiknya semakin bertambah baik dan selalu bawa mangsa keluar supaya tidak habiskan masa seorang diri sahaja.

Pada hari kejadian, adik saya beritahu kami dia nak main futsal waktu petang.
Apabila dia dihantar pulang ke rumah oleh rakannya selepas dipukul, dia beritahu nenek yang dia terjatuh ketika main futsal.

Kami hanya tahu kejadian menimpanya pada 11 Mei, selepas video tersebar.
Terkejut apabila tengok adik kena belasah sebegitu rupa. Selalu tengok kes seperti ini berlaku dekat orang lain, tapi sekarang kena dekat keluarga kita pula.

Apabila ditanya kenapa tak terus cerita daripada awal, adik beritahu dia takut sebab diugut.

Ditanya betul ke dakwaan tak hormat senior? Adik beritahu dia sama sekali tidak tahu bagaimana is itu muncul kerana dia langsung tak faham macam mana yang dikatakan tak hormat tu. Tiba-tiba ie ¡adi sasaran dan diserang,” cerita Nisha yang merupakan anak sulung daripada empat adik beradik.

BACA: Seorang Pelajar Lelaki Tingkatan 3 Dipukul, Disepak Dan Dicekik Beramai-Ramai

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas