Trending
“Mak Bapak Kau Mana Dikk” – Netizen Geram Ibu Bapa Tak Hirau Anak Gaduh Sampai Koyak Baju!
Tular di media sosial Twitter, sebuah video memaparkan sekumpulan kanak-kanak bermain di sebuah kawasan permainan indoor dan keadaan di sana jadi tak terkawal apabila berlaku pergaduhan antara kanak-kanak tersebut sehingga koyak baju.
BACA: Sikit Lagi Nak Kena Langgar, Netizen Geram Lihat Budak Lari Melintas Jalan Tanpa Pengawasan Ibu Bapa
Rakaman CCTV yang tular itu menjadi bahan bualan netizen yang rata-ratanya geram dengan sikap ibu bapa yang tidak kisah dengan sikap anak-anak mereka apabila bermain.
Aduhai dik, panjang lagi perjalanan hidup ko. Mak bapak ko mana dikkkk tak reti ajar erti kehidupan ke 🤭🤭😤😤 letih la aku dengan orang tak reti jaga anak ni baik jadi lembu la. Dapat kt aku ni memang kene tarik sideburn ko pic.twitter.com/GrzUYHxdkd
— yink yank (@liyanalunia) February 24, 2022
Dalam video tersebut, kita dapat lihat seorang budak lelaki berbaju putih dipukul oleh beberapa orang budak lain sehingga bajunya terkoyak.
Pada mulanya, budak lelaki yang menjadi mangsa itu sempat melakukan aksi ‘helikopter’ untuk mengelakkan diri dipukul oleh kanak-kanak yang lain namun selepas itu, dia ditarik dan digasak sehingga membuatkan ibu bapa geram melihat tingkah laku kanak-kanak tersebut.
Ramai netizen yang tidak puas hati dengan ibu bapa yang membiarkan anak-anak bermain tanpa diawasi di playground. Pada mereka, ibu bapa sepatutnya beri perhatian dan memarahi anak-anak jika mereka buat perkara yang tidak sepatutnya.
Anak-anak perlu dibentuk dari kecil lagi untuk menjadi seorang yang ‘berguna’. Kalau dari kecil dah pandai pukul anak orang, dah besar nak jadi apa? Hal ini merisaukan para ibu bapa kerana takut anak-anak itu akan jadi pembuli pada masa depan jika perangai itu dibiarkan dan tidak dibetulkan.
Macam adik aku dia ADHD so bila dia nak berkawan kat playground dia suka tepuk kawan. Tepukan dia tu sakit. Bila sakit, budak ingat dia cari gaduh. Then bila adik aku nak turun slides bebudak lain kepung/tahan dia dalam slides yang terowong tu and belasah dia dalam tu. https://t.co/Mn89mNOX4f
— Eerie (@erieshuhaili) February 24, 2022
Aku pernah deal dgn budak gangster mcm ni. Dia tolak anak aku, aku tolak dia balik. Dia jeling aku. Bak dtg lah mak bapak kau kurang ajar punya budak. Masalahnya dekat budak lain pun dia buat benda sama. Haishhh https://t.co/jnDgCYTSJr
— Dina (@dina_amira) February 24, 2022
Ramai je parents macamni. Fikir ala biarlah diorang main. Sambil tu dia ngadap handphone, tak peduli pun anak tu buat apa. Padahal anak main kasar. https://t.co/RlL3nGbPNQ
— Stay Classy (@shashafifizaza) February 24, 2022
Kesiannya lahai. Parents yang ada anak laki2, takyah la pikir normal la tu bergasak bertumbuk sepak terajang. Nak buat semua tu pegi kelas martial arts. Gasak la kat gelanggang. Bukan pukul anak orang. Kecik2 dah macam setan. https://t.co/nl3Jk93ytc
— PENDAPAT TERPALING BERNAS (@__loveshak) February 24, 2022
Kredit: Beautifulnara | Twitter
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM