Connect with us

Oh! Media

Majlis Kahwin Bertukar Tahlil, Pengantin Reda Kehilangan Tiga Ahli Keluarga Sekaligus

Ohmedia myvi Biru

Trending

Majlis Kahwin Bertukar Tahlil, Pengantin Reda Kehilangan Tiga Ahli Keluarga Sekaligus

Tiga beranak maut Myvi bertembung bas ekspress ketika dalam perjalanan pulang dari Johor ke Kelantan.

Perkahwinan yang sepatutnya menjadi detik paling bahagia Muhd Syafiq Abdul Rahim bertukar menjadi kenangan penuh pilu apabila tiga ahli keluarganya maut dalam kemalangan tragis di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai.

Memetik laporan Harian Metro, Syafiq tetap meneruskan majlis perkahwinan hari ini di Besut, Terengganu hanya ditemani adik bongsu dan rakan-rakan.

Keluarga yang lain menanti kepulangan jenazah di rumah

Kemalangan Myvi
Foto Harian Metro Nik Abdullah Nik Omar

Sementara ahli keluarga lain termasuk ibu bapanya bersedia di rumah menanti kepulangan jenazah selepas selesai urusan bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai.

IKLAN

Terdahulu, media melaporkan Nurul Ain Abdul Rahim berusia 39 tahun maut bersama anak tunggalnya, Nur Atikah Najihah Mohd Shah Penilzain berusia 18 tahun serta menantu, Mohamad Faris Kamaludin selepas kereta dinaiki bertembung dengan bas ekspres.

Difahamkan, mereka bertiga dalam perjalanan pulang dari Johor ke Kelantan untuk meraikan perkahwinan Muhd Syafiq (adik Nurul Ain).

Majlis sambut menantu jadi majlis tahlil

Kemalangan Maut

Sebagai ibu, Hasmah Awang berkata hatinya luluh kehilangan anak dan cucu kesayangan sekali gus. Jelasnya, dia sangat rapat dengan Nur Atikah yang merupakan cucu sulung dalam keluarga.

Hasmah turut berkongsi bahawa arwah cucunya pernah bergurau mengenai mati seolah-olah memberi petanda akan pemergiannya.

Saya hanya mempunyai dua cucu yang mana cucu kedua saya adalah Muhammad Uwais Shah Nasir, baru berusia dua tahun. Lama Nur Atiqah menjadi cucu tunggal dalam keluarga jadi arwah selalu bergurau bahawa dia cemburu dengan kehadiran cucu baharu.

Majlis menyambut menantu yang sepatutnya berlangsung esok kini ditukar kepada majlis tahlil memandangkan kad jemputan sudah diedarkan dan tempahan katering telah dibuat.


Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas