Connect with us

Oh! Media

Majlis Akad Nikah Kini Dibenarkan Berlangsung Di Hotel & Dewan

3a273430 4bec 4521 b56e 3287bcfb8be4

Trending

Majlis Akad Nikah Kini Dibenarkan Berlangsung Di Hotel & Dewan

Berita baik buat bakal pengantin yang sudah merancang untuk berkahwin tak lama lagi! Terkini, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah pun membenarkan majlis akad nikah untuk dilaksanakan di premis (yang disewa) seperti hotel, dewan dan butik pengantin!

Ketetapan baru ini juga dibuat berdasarkan kemas kini Garis Panduan bagi Pelaksanaan Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Garis panduan ini juga dilaporkan bakal berkuat kuasa mulai hari ini sehingga ke suatu tarikh yang akan ditetapkan oleh kerajaan.

IKLAN

Sebelum ini, majlis akad nikah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hanya dibenarkan berlangsung di pejabat cawangan Jawi dan masjid-masjid kariah di tiga wilayah sahaja.

Pihak Jawi juga telah menetapkan proses bagi sanitasi, yang harus dilakukan di ruang majlis dan kawasan sekitar, termasuk juga di tandas sebelum dan selepas majlis dijalankan.

Bagi jumlah kehadiran tetamu yang hadir ketika majlis akad nikah pula, hendaklah tidak melebihi 50 peratus keluasan kapasiti premis dengan mematuhi penjarakan fizikal 1.5 meter dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) am pelaksanaan majlis sosial yang dibenarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kredit: Kosmo

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas