Connect with us

Oh! Media

Majikan Yang Menggajikan Pekerja Dibawah Gaji Minimum Boleh Didakwa

Trending

Majikan Yang Menggajikan Pekerja Dibawah Gaji Minimum Boleh Didakwa

Pandemik yang sedang melanda buatkan ramai yang hilang pekerjaan dan mungkin ada individu yang terpaksa mencari kerja baru tanpa mengira berapa pun gaji yang mereka dapat. 

ADVERTISEMENT

Menurut Harian Metro, sekiranya korang digajikan majikan dibawah RM1,200 sebulan atau RM5.77 sejam di wilayah bandar utama dan RM1,100 sebulan atau RM5.29 sejam selain wilayah bandar utama, majikan korang boleh didakwa.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan berkata bahawa majikan yang menggajikan pekerja di bawah gaji minimum yang sudahpun ditakrifkan boleh didakwa di mahkamah kerana menyalahi Seksyen 2 Akta Kerja 1955 (Akta 265), Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) dan Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76).

Individu yang diambil bekerja dan diberi gaji kurang daripada RM1,200 atau RM1,100 berhak membuat aduan dan majikan boleh dikenakan denda atau didakwa di mahkamah.

Bagaimanapun saya melihat isu pengangguran dan gaji permulaan rendah dalam kalangan siswazah baharu adalah sementara sehingga ekonomi negara pulih sepenuhnya dijangka penghujung tahun ini.

Saya berasakan sekiranya siswazah mendapat tawaran kerja, lebih elok terima walaupun gaji bukan taraf ijazah atau diploma.

Sekurang-kurangnya mereka boleh menimba pengalaman, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan berkenaan dalam sektor pekerjaan.

Beliau juga berkata sekiranya ekonomi mula pulih dan stabil satu masa nanti, tahap gaji akan kembali kepada kadar yang sepatutnya.

Diharapkan agar ekonomi akan pulih secepat mungkin dan tiada lagi pengganguran di negara ini, tambah lagi bagi mereka yang baru saja menamatkan pengajian.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas