Connect with us

Oh! Media

Mahkamah Tolak Lanjut Injuksi Syamsul, Puteri Sarah Dihalang Keluar Kenyataan Di Media Sosial

puteri sarah

Oh! Artis

Mahkamah Tolak Lanjut Injuksi Syamsul, Puteri Sarah Dihalang Keluar Kenyataan Di Media Sosial

Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menolak lanjutan perintah injuski ex-parte (sebelah pihak) bagi pengarah Syamsul Yusof terhadap isterinya, Puteri Sarah Liyana.

ADVERTISEMENT

Permohonan Syamsul adalah untuk menghalang isterinya, Puteri Sarah daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan pergolakan rumah tangga mereka di mana-mana platform media sosial.

Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah memerintahkan supaya kes tersebut didengar secara inter-parte (kedua-dua pihak) walau bagaimanapun Syamsul tidak menghadirkan diri pada sebutan pertama kes itu.

Malah, Abdul Halim juga membenarkan Puteri Sarah sebagai defendan kes itu untuk memfailkan jawapan bagi injuksi ex-parte dan kes disambung semula pada 8 Jun ini.

puteri sarah

Sementara itu, Akberdin berkata Syamsul ingin melanjutkan perintah berkenaan jadi dia perlu memfailkan permohonan di mahkamah.

Dalam pada itu, injuksi berkenaan telah difailkan oleh Syamsul Yusof pada 24 April yang lalu sebelum mahkamah telah meluluskan permohonan berkenaan sehari kemudian.

Tambahan, jangka hayat perintah berkenaan hanya bertahan selama 30 hari dan akan tamat 27 April 2023.

Puteri Sarah juga berkata kini dia hanya mahu memulakan hidup baharu dan tidak mahu mengulas banyak mengenai isu rumah tangganya dengan pengarah filem Mat Kilau itu.

Saya sudah tidak mahu bercakap fasal dia, saya nak teruskan hidup. Hari terakhir puasa tempo hari adalah video terakhir saya mengenai dia (Syamsul). Saya sudah cakap semua di dalam video berkenaan.

BACA: Syamsul Yusof Dinasihat Untuk Jadi Pencelah Dalam Kes Ira Kazar Dan Puteri Sarah Liyana Di Mahkamah

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas