Connect with us

Oh! Media

Macam ‘Nightmare’, Gas Masak Steamboat Meletup Depan Mata 4 Beranak

steamboat

Trending

Macam ‘Nightmare’, Gas Masak Steamboat Meletup Depan Mata 4 Beranak

Kejadian di sebuah restoran di Alam Mesra, Kota Kinabalu, makan malam 4 beranak bertukar menjadi mimpi buruk apabila dapur gas mudah alih untuk memasak steamboat meletup depan mata.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Tengah Syok Masak Daging Tepi Sungai, Tiba-Tiba Tempat Bakar Meletup

Menerusi laporan Sinar Harian, kejadian yang berlaku pada jam 9 malam pada Ahad lepas telah mengakibatkan Roberto Antoni dan isterinya serta dua anak mereka cedera terkena air panas dan letupan gas.

Mangsa melecur, terkena api

steamboat
Foto: Sinar Harian

Menurut Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi, seramai 13 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus mendapat panggilan kecemasan.

Terdapat empat mangsa dilaporkan melecur terkena air panas dan ada juga yang terkena api.

Dua mangsa kanak-kanak dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian manakala dua lagi diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans.

Pasukan bomba juga telah membuat pemeriksaan lanjut untuk mengelakkan sebarang kecelakaan berlaku di lokasi kejadian.

Pada jam 9.35 malam, semuanya dalam keadaan terkawal dan selamat.

Semoga kejadian ini menjadi iktibar buat semua pemilik restoran untuk periksa dahulu alatan gas, kalau dah lama sangat dan tak elok, lebih baik ganti dengan yang baru okay!

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 


Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas