Connect with us

Oh! Media

Long Tiger Direman Empat Hari!

long tiger

Trending

Long Tiger Direman Empat Hari!

Abdul Hamim Ab. Hamid atau lebih dikenali sebagai Long Tiger telah berjaya ditangkap polis di Sungai Petani Kedah pada petang semalam dan pagi ini dia dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak.

ADVERTISEMENT

BACA: Akhirnya, Long Tiger Berjaya Diberkas!

Menerusi laporan Kosmo, tiga lagi individu lelaki telah dibawa bersama Long Tiger ke mahkamah kerana dipercayai telah memberi perlindungan kepada Long Tiger.

Bersembunyi di sebuah rumah di Sungai Petani

long tiger

Kesemua suspek telah dicekup oleh pihak polis di Sungai Petani dan Yong Peng, Batu Pahat dan akan direman selama empat hari, sehingga 1 Januari.

Long Tiger yang dahulunya berjaya meloloskan diri itu masih mempunyai status perbicaraan di bawah Seksyen 506 kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya serta kesalahan rogol dibawah Seksyen 376 di Mahkamah Muar.

Butiran lanjut akan diberikan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam sidang akhbar khas di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor, tengah hari ini.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas