Connect with us

Oh! Media

Lembu Berkeliaran Di Tengah Jalan Undang Kemalangan

Artikel 4 2311

Trending

Lembu Berkeliaran Di Tengah Jalan Undang Kemalangan

Kejadian di jalan utama di Gong Kulim ke bandar Pasir Puteh Kelantan, banyak lembu berkeliaran di tengah jalan mengakibatkan kemalangan berlaku.

BACA: Langgar Lembu Melintas, Bayi 14 Hari Meninggal Dunia

Menerusi laporan Kosmo, penduduk Kampung Gong Kulim menyatakan bahawa pada waktu malam, lembu-lembu ini akan selalu melintas jalan di kawasan jambatan untuk mencari makanan.

IKLAN

Ramai cedera terutama penunggang motosikal

Ladang lembu tenusu 1

Menerusi Kosmo, seorang pengguna jalan raya,  Abdul Samad Ismail berkata, tiada kemalangan maut berlaku setakat ini, tetapi, ramai yang mengalami cedera parah, lebih-lebih lagi penunggang motosikal kerana tidak sempat mengelak akan lembu-lembu tersebut.

Pemilik lembu-lembu itu dipercayai melepaskan ternakan mereka untuk mencari makan pada waktu malam.

Namun, tindakan ini amat berbahaya kepada pengguna jalan raya.

Selain itu, Fadzil yang merupakan pengguna jalan raya juga menyatakan kenderaannya pernah mengalami kerosakan kerana terlanggar lembu yang melintas secara tiba-tiba.

Tiada penternak yang akan mengaku lembu itu milik mereka jika berlaku kemalangan kerana tidak mahu menanggung kos ganti rugi kerosakan kereta mang­sa yang terlibat.

Kadangkala sekumpulan lembu yang berkeliaran di atas jambatan Gong Kulim antara pukul 12 malam hingga awal pagi pernah melebihi 30 ekor.

Fadzil juga mencadangkan untuk pihak berkuasa menangkap lembu-lembu yang berkeliaran agar diberi pengajaran kepada penternak yang tidak mahu bertanggungjawab.

Penternak lembu ini bukan sahaja menyusahkan orang kampung, tetapi membahayakan nyawa pemandu jalan raya, terutama apabila lembu-lembu mereka ini berkeliaran pada waktu malam dan melintas secara tiba-tiba.

Semoga tindakan khas dikenakan kepada penternak yang membiarkan lembu bebas begitu sahaja di jalan raya.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas