Connect with us

Oh! Media

Langgar Lembu Melintas, Bayi 14 Hari Meninggal Dunia

bayi

Trending

Langgar Lembu Melintas, Bayi 14 Hari Meninggal Dunia

Sering kali berlaku kemalangan antara pemandu jalan raya dan lembu di kawasan-kawasan pedalaman. Kejadian di Kampung Gelung Gajah, bayi lelaki berusia 14 hari telah meninggal dunia dan lima individu termasuk kanak-kanak cedera akibat terlanggar lembu melintas.

ADVERTISEMENT

BACA: “Saya Pernah Digelar Lembu” – Misha Omar Dedah Pengalaman Ketika Awal Karier

Menerusi laman Harian Metro, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil yang dinaiki oleh enam individu, termasuk bayi lelaki yang maut bersama ibu bapa dan tiga kanak-kanak berumur dua hingga sembilan tahun.

Langgar lembu dan bertembung dengan lori

bayi

Pemandu kereta kancil itu telah melanggar lembu dan memasuki laluan bertentangan, lalu bertembung pula dengan lori tanah yang dipandu oleh lelaki berumur 50-an dari arah Ayer Tawar menghala ke Beruas.

Suhaimi Nijar, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar berkata, panggilan mengenai kejadian itu diterima pada jam 6.24 pagi.

Bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan. Ketika itu bayi itu sudah dikeluarkan dari kenderaan.

Mayat bayi berkenaan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi tamat pada 7.58 pagi.

Setibanya di lokasi kejadian, orang awam telah berjaya membawa seorang lelaki dan tiga kanak-kanak ke hospital, manakala ibu kepada kanak-kanak tersebut tersepit di bahagian hadapan kereta dan bayi lelaki maut di lokasi tersebut.

Semoga diberi ketabahan buat keluarga ini yang kehilangan bayi lelaki yang baru dua minggu dilahirkan. Diminta untuk semua lebih berhati-hati ketika memandu, lebih-lebih lagi mereka yang berada di kawasan pedalaman, yang ada banyak haiwan liar melintas. Semoga kisah ini menjadi iktibar buat semua.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas