Connect with us

Oh! Media

Lelaki Viral Gunting Puluhan Bendera Jalur Gemilang Sudah Berjaya Dicekup

Ohmedia jalur gemilang

Trending

Lelaki Viral Gunting Puluhan Bendera Jalur Gemilang Sudah Berjaya Dicekup

Sejak semalam viral banyak rakaman video dari pengguna jalan raya menunjukkan seorang lelaki menggunting bendera Jalur Gemilang yang dikibarkan sekitar Kuala Lumpur.

Walaupun sudah ditegur tetapi lelaki itu tetap melakukannya dan orang ramai tidak berani untuk melakukan tindakan sendiri dan hanya mampu mengharapkan pihak polis lakukan penangkapan.

Hari ini, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaporkan sudah berjaya mengesan dan menahan lelaki terbabit. Ketika ditahan, turut dijumpai satu gunting berwarna merah dipercayai digunakan untuk menggunting bendera semalam.

IKLAN
Image 84

Suspek kemudian telah diserahkan ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut. Punca suspek melakukan vandalisme ini masih belum dapat diketahui.

Setiap tahun mesti ada sahaja kejadian yang sengaja dilihat mahu merosakkan sambutan Hari Kebansaan. Lepas ni kalau nampak lagi kejadian macam ni, cepat-cepat laporkan pada pihak berkuasa.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas