Connect with us

Oh! Media

Lelaki Tertidur Atas Bumbung Rumah, Nasib Baik Abang Bomba Selamatkan

lelaki tertidur

Trending

Lelaki Tertidur Atas Bumbung Rumah, Nasib Baik Abang Bomba Selamatkan

Tidur merupakan satu aktiviti yang digemari oleh semua orang. Namun, tak semua tempat selamat untuk kita tidur. Baru-baru ini, bomba telah menyelamatkan seorang lelaki tertidur atas bumbung rumah di Maran, Pahang.

ADVERTISEMENT

BACA: Budak Lelaki Panjat Bumbung Kibar Bendera Putih Cuba Bantu Nenek

Menurut Sinar Harian, pada Isnin lepas, anggota bomba telah berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang terperangkap atas bumbung rumah di perumahan rumah murah Kampung Berkat.

Diserah pada pihak polis

lelaki tertidur

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Maran, Penolong Penguasa Bomba, Samsul Effendi Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian ini pada jam 9.16 malam. Seramai 8 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Maran bersama sebuah jentera terlibat dengan kejadian tersebut.

Sebaik tiba di tempat kejadian, kita dapati seorang lelaki berusia 30an berada di atas bumbung rumah.

Pasukan bomba menggunakan tangga dan pengusung bagi menurunkan mangsa dan diserahkan kepada pihak polis.

Anggota bomba mendapat panggilan daripada orang awam apabila mereka tersedar ada seorang lelaki di atas bumbung rumah di perumahan itu. Lelaki itu dipercayai tertidur di atas bumbung tersebut.

Dekat atas bumbung pun boleh tertidur ya rakyat Malaysia ni.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas