Connect with us

Oh! Media

Lelaki Tergamak Tampar Isteri Depan Orang Ramai Sebab Ini Saja Rupanya!

Copy of Untitled Design   1

Trending

Lelaki Tergamak Tampar Isteri Depan Orang Ramai Sebab Ini Saja Rupanya!

Tular di media sosial satu rakaman video seorang lelaki menampar isterinya di hadapan pusat beli-belah di Kota Warisan, dipercayai kerana wanita itu lambat keluar selepas membeli makanan.

Menurut laporan Harian Metro, suspek yang berusia dalam lingkungan 50-an kini direman selama tiga hari untuk membantu siasatan dan perkara ini disahkan sendiri Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman.

Suspek juga dikatakan tidur dalam keretanya sepanjang isteri menghilangkan diri di dalam pusat beli-belah tersebut.

IKLAN

Video ‘live’ dedahkan insiden tampar di tempat awam

Img 8564

Kejadian ini menjadi perhatian ramai apabila ia terakam secara tidak sengaja dalam satu siaran langsung di media sosial. 

Dalam video berdurasi 29 saat itu, kelihatan seorang wanita keluar dari pusat beli-belah sambil memegang plastik makanan sebelum ditampar oleh suaminya secara tiba-tiba yang sedang menunggu bersama seorang kanak-kanak.

Tindakan lelaki itu mengejutkan orang ramai, namun wanita berkenaan tidak membalas dan terus berlalu pergi dari tempat kejadian.

Suspek ditahan, disiasat bawah Akta Keganasan Rumah Tangga

Police remand pdrm generic

Hasil siasatan, suspek berjaya ditahan di hadapan sebuah klinik di Kota Warisan pada jam 10 pagi semalam. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

#OhmediaNasihat

Perbuatan mencederakan pasangan bukanlah penyelesaian kepada masalah rumah tangga. Jika ada sebarang isu, berbincanglah dengan baik atau dapatkan khidmat kaunseling. Jangan jadikan keganasan sebagai jalan keluar!

Copy of Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas