Trending
Lelaki OKU Dipukul di Pasar Tani, Tiga Suspek Ditahan
Tular di media sosial sejak Jumaat video memaparkan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dipukul di tapak Pasar Tani Padang Astaka, Chukai.
BACA: Lelaki OKU Dipukul Beramai-Ramai Di Pasar Tani Chukai, Polis Buru Suspek
Kejadian dilaporkan berpunca daripada mangsa yang menunggang motosikal secara tidak sengaja melanggar sebuah gerai di pasar tani tersebut.
Tiga suspek ditahan ketika hadir ke balai polis

Susulan itu, tiga lelaki berusia antara 18 hingga 60 tahun ditahan polis selepas mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman sekitar pukul 8 malam.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Wan Muhammad Wan Jaafar, kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Mangsa yang turut mengalami masalah mental, didakwa dipukul sehingga mengalami kecederaan di muka dan badan. Mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Netizen kecam orang awam ambil tindakan agresif

Terdahulu, rakaman video yang tular menunjukkan mangsa diseret di atas jalan, ditendang di kepala, dan dipukul hingga mencederakan wajahnya mencetuskan kemarahan orang ramai.
Netizen mengutuk perbuatan ganas suspek yang dianggap tidak berperikemanusiaan dan terlalu mengikut emosi.
#OhmediaNasihat
Sebarang perselisihan harus diselesaikan dengan cara yang lebih berhemah. Lebih-lebih lagi apabila insiden melibatkan orang awam yang sudah dewasa. Ingat, keganasan bukanlah jalan penyelesaian. Jika menghadapi situasi tegang, laporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM