Connect with us

Oh! Media

Lelaki Mengaku Bersalah Curi Pakaian Dalam Wanita, Kena Denda RM2,500

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 08 20t125808979

Trending

Lelaki Mengaku Bersalah Curi Pakaian Dalam Wanita, Kena Denda RM2,500

Di Muar, Johor, seorang lelaki didenda sebanyak RM2,500 kerana telah mencuri pakaian dalam wanita.

Menerusi laporan Kosmo, Kh’ng Poh Siang yang berusia 30 tahun itu telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini.

Ohmedia whatsapp image 2024 08 20 at 115152 am

Difahamkan, pada 17 Ogos lalu lelaki itu telah mencuri pakaian dalam seorang remaja yang berusia 16 tahun di sebuah rumah di daerah Muar.

IKLAN

Dikatakan, lelaki itu mencuri pakaian dalam tersebut di rumah yang pernah disewanya sebelum ini, dan suspek ditangkap melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memberikan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili oleh Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) telah membuat rayuan supaya hukumannya diringankan kerana dia harus menjaga bapanya yang uzur.

Walau bagaimanapun pendakwaan yang diurus oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Arif Marzuki memohon supaya lelaki itu mendapat hukuman yang setimpal.

Namun, mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,500 atau penjara lima bulan jika tertuduh gagal membayar.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 08 20t125808979

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Kosmo


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas