Connect with us

Oh! Media

Lelaki Maut Dihempap Kereta Ketika Cuba Curi Ekzos

Polis   Oh Media

Trending

Lelaki Maut Dihempap Kereta Ketika Cuba Curi Ekzos

Semalam seorang lelaki warga tempatan maut dihempap kereta dan dipercayai sedang mencuri ekzos kenderaan tersebut di Petaling Jaya.

BACA: Adik-Beradik Gaduh, Remaja Lelaki Maut Tertusuk Pisau Dibaling Kakak

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh berkata lelaki yang telah maut itu ditemui di tepi jalan Taman Jaya Utama, Telok Panglima Garang.

IKLAN

Maut ketika mencuri

20221020 120246

Menurut Ketua Polis itu, pihak polis menerima maklumat daripada pihak klinik kesihatan daerah itu bahawa suspek yang berusia lingkungan umur 40 tahun, terbaring dan dipercayai telah meninggal dunia di tepi sebuah kenderaan.

Hasil siasatan polis di tempat kejadian mendapati kejadian berlaku semasa suspek dan rakannya dipercayai sedang cuba untuk mencuri tabung ekzos kereta. Hal ini berpunca kerana pengangkat kereta yang digunakan tiba-tiba telah terjatuh dan terhempap si mati – Superitendan Ahmad Ridhwan

Kes yang berlaku lebih kurang jam 10.45 pagi itu telah disiasat di bawah kematian mengejut.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas