Connect with us

Oh! Media

bogel

Trending

Lelaki Ini Akhirnya Mohon Maaf Sebab Mungkir Janji Bogel Dari KL Sampai Johor

Itulah padahnya bila berkata-kata dan berjanji tanpa berfikir. Bila orang dah mula tuntut janji tu dah mula gelabah sebab memang tak masuk akal pun. Itulah yang berlaku dengan seorang penyokong pasukan JDT sebelum ini berjanji untuk lari berbogel dari KL hingga ke Johor jika JDT tewas Piala Malaysia.

BACA: “Siapa Kecam Aku, Berdosa”, Netizen Tuntut Lelaki Janji Nak Bogel Dari KL Ke Johor Jika JDT Kalah

IKLAN

Selepas hampir setiap masa netizen menuntut dirinya untuk menunaikan janji, pemuda terbabit akhirnya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Dia turut bernazar memberi tinted percuma di sebuah surau sebagai ganti janji tak masuk akal sebelum ini.

Dengan rendah diri saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia disebabkan video saya yang tular baru-baru ini. Saya berjanji tak akan mengulanginya lagi.

Saya bernazar untuk memberikan tinted percuma kepada sebuah surau, saya harap rakyat Malaysia boleh memaafkan saya. – Katanya dalam satu video di TikTok.

@tintedoffer2

sya memohon maaf kepada seluruh rakyat malaysia…

♬ original sound – tintedoffer2

Lelaki terbabit turut menunjukkan keadaan surau yang akan dia lakukan kerja-kerja tinted. Bagaimanapun lokasi surau itu tidak didedahkan. Semoga apa yang berlaku ini menjadi pengajaran kepada kita semua. Walaupun mungkin apa yang terjadi ini agak kelakar dan memberi sedikit seri dalam saingan Piala Malaysia, ia pasti akan diingati sampai bila-bila.

Kredit: TikTok tintedoffer2

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas