Connect with us

Oh! Media

“Siapa Kecam Aku, Berdosa”, Netizen Tuntut Lelaki Janji Nak Bogel Dari KL Ke Johor Jika JDT Kalah

bogel

Oh! Tidak

“Siapa Kecam Aku, Berdosa”, Netizen Tuntut Lelaki Janji Nak Bogel Dari KL Ke Johor Jika JDT Kalah

Banyak betul orang yang berjanji dan mencabar untuk melakukan macam-macam perkara kalau pasukan mereka menang. Tapi adakah semua kata-kata itu akan ditunaikan? Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki yang merupakan penyokong JDT apabila berjanji untuk berbogel dari Kuala Lumpur ke Johor kalau JDT kalah.

ADVERTISEMENT

“Hidup JDT! Aku bogel dari KL sampai Johor tau”.

Kata-kata itu diumumkannya sebelum perlawanan akhir antara Kuala Lumpur City (KL City) menentang JDT. Namun malang nasibnya apabila JDT tewas 2-0 terhadap KL City dan orang ramai mula menuntut kata-katanya.

Dia begitu yakin meluahkan kata-kata itu kerana tidak pernah dalam sejarah KL City mengalahkan JDT di mana-mana perlawanan bola sepak.

Mana-mana yang kecam aku tu, berdosa-berdosa, berdosa. – Katanya di aplikasi TikTok.

Selepas kekalahan JDT, ada pula orang yang berkongsi gambar lelaki terbabit seperti sedang mendapatkan bantuan alat pernafasan akibat sesak nafas.

May be an image of 1 person

Apapun kita doakan kesihatan brader ni jika betul dia sesak nafas. Berhati-hatilah dalam mengeluarkan kata-kata sebab takut ia akan memakan diri sendiri.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas