Trending
Lelaki ‘Doraemon’ Hiburkan Kanak-Kanak Demi Memperingati Arwah Anaknya
Tular satu video di laman TikTok @mizalgadgethq, seorang lelaki berpakaian maskot kartun Jepun terkenal, Doraemon, ditemu ramah. Lelaki tersebut diberi pilihan untuk mengambil sekeping RM20 atau AirPods tetapi harus memberikan sedikit ucapan.
Lelaki itu kemudiannya memilih AirPods sebagai hadiah dan memberikan ucapannya. Namun, kata-kata didalam ucapannya itu membuatkan penemu ramah tersentak dan hiba…
Baca: ‘Sayonara’ Fujiko A. Fujio, Pencipta Bersama Doraemon Meninggal Dunia
“Saya hiburkan kanak-kanak sambil memperingati arwah anak…” – Lelaki Doraemon

Dalam video tersebut, lelaki Doraemon menjelaskan bahawa dia kehilangan anak lelaki tunggalnya dan dengan berpakaian maskot Doraemon itu, dia dapat melepaskan rindu tersebut dengan menghiburkan kanak-kanak lain.
Saya buat macam ini (pakai maskot), ada kenangan yang saya lalui. Saya pakai maskot Doraemon ini supaya saya boleh ubat rindu kepada arwah anak saya dengan hiburkan anak-anak orang lain.
Benda ni tak boleh buat kalau saya berpakaian biasa, orang akan marah – Katanya
Pendekatan unik yang dilakukan lelaki Doraemon ini bukan sahaja dapat mengubat luka kehilangan arwah anaknya, malah dapat menghiburkan kanak-kanak lain dengan cara yang paling selamat dan selesa.
Netizen Bersedih…
Menjengah ke komen video tular tersebut, rata-rata memberi reaksi sedih dan sugul terhadap pengalaman yang dilalui lelaki Doraemon itu sambil memberi kata-kata semangat.
Allahuakbar anak saya kalau nampak abang ni memang dia excited. Abang ni memang akan peluk dia. Rupanya ada kisah – Kata netizen.
Selain daripada beri kata-kata semangat, ada juga yang menceritakan pengalaman berjumpa dengan lelaki Doraemon itu ketika berkunjung ke pantai tersebut.
#OhmediaNasihat
Kesedihan akibat kematian ahli keluarga bukanlah perkara yang mudah untuk kita atasi. Ianya merupakan satu proses yang panjang dan mengambil masa yang agak lama untuk kita mula berpijak di bumi yang nyata.
Namun, tindakan dan pendekatan yang diambil lelaki Doraemon ini wajar mendapat pujian kerana berjaya membuat satu cara mengatasi kesedihan kehilangan anaknya dengan cara yang paling selamat. Syabas buat lelaki Doraemon dan semoga mendapat rahmatNya.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM