Connect with us

Oh! Media

Lelaki Ditahan Selepas Cabul 3 Budak, 2 Daripadanya Kanak-Kanak Lelaki

14fe949f 6ec3 4407 813c fb93818827db

Trending

Lelaki Ditahan Selepas Cabul 3 Budak, 2 Daripadanya Kanak-Kanak Lelaki

Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai cabul tiga kanak-kanak yang dua daripadanya adalah lelaki berusia 7 hingga 11 tahun. Kejadian itu dikatakan berlaku semalam di tangga sebuah flat di Sri Damansara, Petaling Jaya.

BACA : Isteri Kantoi Berkhalwat Bersama Kekasih Ditahan

Menurut laporan Berita Harian, pihak polis menerima aduan daripada salah seorang bapa mangsa dan berjaya menahan lelaki tempatan berusia 53 tahun yang melakukan perkara terkutuk itu.

IKLAN

Bapa mangsa mengetahui perkara ini selepas pengerusi persatuan flat terbabit menunjukkan satu rakaman berdurasi 19 saat dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

Kandungan rakaman video itu menunjukkan suspek cabul dan menggeselkan kemaluannya beberapa kali pada mangsa yang berusia tujuh tahun di tangga flat berkenaan.

Rakaman video itu berjaya dirakam oleh seorang penduduk yang terserempak dengan perbuatan suspek.

Suspek direman selama 7 hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792). Sekiranya disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas