Connect with us

Oh! Media

Lelaki Curi Beras & Susu Positif Dadah, Beri Alasan Mencuri Kerana Hidup Susah

Cover Photo Om 1200 X 675 2

Trending

Lelaki Curi Beras & Susu Positif Dadah, Beri Alasan Mencuri Kerana Hidup Susah

Seorang lelaki warga Indonesia ditahan polis selepas disyaki memecah masuk sebuah kedai makan pada jam 4.15 pagi. Kejadian yang berlaku di Kota Tinggi, Johor itu mengakibatkan sekampit beras seberat 10 kilogram dan sekotak susu hilang.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek yang menunggang motosikal Yamaha LC 135 dipercayai melakukan kegiatan itu secara bersendirian.

IKLAN
Curi2

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora memberitahu suspek berusia 38 tahun ditahan di rumahnya jam 7.30 malam pada hari yang sama.

Suspek memberi alasan terpaksa mencuri untuk menanggung keluarga. Malah, suspek turut memaklumkan isterinya tidak dapat bekerja sebagai pembantu kantin kerana sekolah ditutup.

Lelaki Indonesia itu bertaraf penduduk tetap dan berkahwin dengan wanita tempatan, selain mempunyai lima anak lelaki berusia enam bulan hingga 10 tahun.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif heroin dan mempunyai enam rekod jenayah lampau termasuk tiga kes dadah.

Tambahnya lagi, dia tidak mahu masyarakat membentuk satu trend menjadikan alasan kesempitan hidup untuk melakukan jenayah.

Kalau pun hidup dalam kesempitan disebabkan COVID-19, masih ada ruang untuk memohon bantuan meringankan beban menerusi agensi berkaitan seperti badan bukan kerajaan (NGO) mahupun ahli politik

Untuk siasatan lanjut, suspek kini direman selama tiga hari bermula hari ini (semalam) hingga 6 April.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas