Connect with us

Oh! Media

“Lebih Baik Mati Sahaja…” – Luahan Pilu Allahyarham Zara Qairina Dedahkan Derita Terpendam

Ohmedia inkues kes zara qairina

Trending

“Lebih Baik Mati Sahaja…” – Luahan Pilu Allahyarham Zara Qairina Dedahkan Derita Terpendam

Luahan tragis Allahyarham Zara Qairina dedah rasa kecewa, tidak disayangi. Terjadi pertelingkahan dengan ibu sebelum tragedi.

Kes perbicaraan Allahyarham Zara Qairina Mahathir terus membuka sisi tragis kehidupannya.

Menurut laporan Kosmo, peguam Azhier Farhan Arisin mendedahkan bahawa Zara sering mengadu kecewa dengan hidupnya sejak April lalu.

Saksi ada menyatakan bahawa sejak April lalu, Zara selalu bercerita bahawa dia kecewa dengan kehidupannya. Zara pernah didengar berkata bahawa dia tidak layak untuk hidup dan lebih baik mati sahaja.

Saya juga ada merujuk kepada saksi tulisan yang mana saksi mengenal pastinya sebagai tulisan Zara. Saksi itu menyatakan luahan ‘Ya Allah, kenapa aku dibenci tidak disuka oleh orang’ sering diucapkan oleh Zara dan turut ditulis dalam diari.

Persoalan tentang kasih sayang

Zara Qairina

Peguam Joan Goh pula berkongsi keterangan saksi kanak-kanak yang mengatakan Zara sering bertanya soalan yang menyayat hati.

IKLAN

Ada dua saksi kanak-kanak yang menyatakan bahawa Zara Qairina telah memberitahu dan bertanya kepada mereka lebih daripada 10 kali yang mana Zara Qairina bertanya kalau sesuatu berlaku padanya, adakah orang yang sayang padanya. Zara Qairina juga ada bertanya apakah perasaan kawan-kawannya sekiranya berlaku terhadapnya.

Soalan itu mencerminkan betapa dirinya sarat dengan rasa sunyi dan tidak dihargai.

Zara Qairina berselisih faham dengan ibu sebelum tragedi

Zara Qairina

Menurut saksi lain, dua hari sebelum ditemui tidak sedarkan diri, Zara sempat berselisih faham dengan ibunya, Noraidah Lamat.

Apabila tiba di asrama, ibu Zara cuba salam tapi menurut saksi itu, salam tersebut seperti tidak ikhlas. Saksi turut menyatakan itu kali terakhir ibu Zara berjumpa dengan Zara dan Zara pulang ke asrama dalam keadaan marah dengan ibunya.

Keterangan itu menambah lagi kesayuan apabila difahamkan Zara pulang ke asrama dalam keadaan marah dan terluka.

Pssttt! Jangan pernah abaikan luahan hati seseorang, walau sekecil mana pun.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas