Connect with us

Oh! Media

Cuba Elak Treler Awam Tukar Haluan Secara Mengejut, TDM Sahkan Kemalangan Aset Di Karak

Ohmedia copy of Untitled Design 3

Trending

Cuba Elak Treler Awam Tukar Haluan Secara Mengejut, TDM Sahkan Kemalangan Aset Di Karak

Semalam kita dikejutkan dengan kemalangan treler yang membawa muatan kereta perisai milik pasukan angkatan tentera di Lebuhraya KL-Karak pada jam lebih kurang 4.45 petang.

BACA: (Video) Lebuhraya KL-Karak Sesak, Treler ATM Bawa Muatan Kereta Perisai Terbalik

Terbaru, Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan sebuah Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai (KPKP) dari 4 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja (4 KPD Mek) bersama muatan 2 buah Kenderaan Jenis A (KJA) ADNAN milik pasukan Batalion Ketujuh Rejimen Renjer Diraja (7 RRD Mek) terlibat dalam kemalangan tersebut.

IKLAN

Cuaca hujan dan jalan licin antara faktor kemalangan

3005440

Kenderaan TDM ini dalam perjalanan secara konvoi sebanyak enam KPKP yang membawa 12 KJA dari Kem Batu 10, Kuantan menuju ke Kem Syed Sirajuddin, Gemas untuk Latihan Peningkatan Tempur (LPT).

Melalui laporan awal yang diterima, kemalangan disebabkan KPKP cuba untuk mengelak sebuah treler awam yang telah menukar haluan dan masuk ke lorong kanan secara tiba-tiba.

Disebabkan keadaan jalan yang licin akibat cuaca hujan, KPKP telah hilang kawalan dan seterusnya terbabas ke jalan bertentangan.

Kerosakan adalah keseluruhan bahagian Prime Mover KPKP manakala tiada kerosakan pada KJA dan pemandu KPKP tidak mengalami sebarang kecederaan.-Katanya

Copy of Untitled Design 4

Selepas kejadian berlaku, TDM telah menggerakkan sebuah kenderaan KEMBALIK dari pasukan Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD Mek) dari Kem Batu 10, Kuantan dan sebuah KPKP dari Kem Perdana Sungai Besi ke lokasi kemalangan bagi membuat penarikan KPKP dan pengambilan dua buah KJA yang terlibat kemalangan.

Tambahan dalam kenyataan itu lagi, TDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi menyiasat punca sebenar kemalangan berlaku.

Ohmedia copy of Untitled Design 3

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Tentera Darat Malaysia


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas