Connect with us

Oh! Media

Langgar SOP, DS Hishammuddin, DS Hasni, TS Vigneswaran Dikompaun!

Article 2 14 2

Trending

Langgar SOP, DS Hishammuddin, DS Hasni, TS Vigneswaran Dikompaun!

Bendahari Agong Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama Pengerusi Perhubungan Umno Johor Datuk Seri Hasni Mohammad dan Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran telah dikenakan kompaun kerana langgar SOP ketika majlis pelancaran Briged MIC Johor di EduCity Kota Iskandar, Johor semalam.

BACA: Kes Semakin Meningkat, PRN Johor Tetap Dijalankan Ikut SOP Ketat

Menerusi laporan Harian Metro, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyatakan kompaun tersebut dikenakan kerana telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana berkumpul beramai-ramai.

IKLAN

Saya mengarahkan pegawai @KKMPutrajaya (Kementerian Kesihatan Malaysia) untuk keluarkan kompaun kepada DS Hishammuddin, DS Hasni, TS Vigneswaran, pemimpin utama yang hadir dan penganjur di bawah Akta 342. @KKMPutrajaya akan terus pantau SOP sempena PRN (Pilihan Raya Negeri) Johor.

Khairy sebelum ini mengatakan PRN Johor masih boleh diteruskan walaupun Malaysia sedang mengalami kenaikan kes yang mendadak kerana varian Omicron tidak menunjukkan kesan teruk berbanding varian Delta.

Saya dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah muktamadkan syor prosedur operasi standard (SOP) dan syor itu sudah dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN), seterusnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semoga pemimpin-pemimpin di Malaysia dapat menunjukkan contoh sikap yang positif kepada rakyat dan sentiasa menjaga SOP walau dimana jua mereka berada. Jika mahu rakyat patuh pada SOP, pemimpin pun kena la ikut sama kan?

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas