Connect with us

Oh! Media

Kes Semakin Meningkat, PRN Johor Tetap Dijalankan Ikut SOP Ketat

prn johor

Trending

Kes Semakin Meningkat, PRN Johor Tetap Dijalankan Ikut SOP Ketat

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan tetap diteruskan walaupun kes kian meningkat. Hal ini kerana, kesan langsung Covid-19 yang ditunjukkan oleh varian Omicron tidaklah seteruk varian Delta.

ADVERTISEMENT

BACA: Omicron Bukan ‘Konspirasi’ Kerajaan Untuk Elak Rakyat Sambut Hari Raya – KJ

Menerusi laporan Kosmo, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Kesihatan menyatakan keputusan ini dibuat berdasarkan data yang menunjukkan varian Omicron tidak meninggalkan kesan teruk berbanding Delta.

prn johor

Omicron tidak tunjuk kesan teruk seperti Delta, semua data menunjukkan kesannya akibat Delta.

Maka, PRN akan diteruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan di mana drafnya telah dimuktamadkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini.

Khairy memaklumkan SOP PRN Johor akan diumum dan dibentangkan kepada pengurusan tertinggi KKM dalam masa terdekat.

Memandangkan varian Omicron semakin mengganas, SOP untuk PRN Johor akan memiliki sedikit perbezaan berbanding PRN Melaka dan Sarawak.

Semoga PRN yang dijalankan tidak memburukkan lagi keadaan semasa dan tidak mencetuskan kluster baru Covid-19.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas