Connect with us

Oh! Media

Langgar Besi Penghadang Jalan, Penunggang Motosikal Maut

Article 3 15 11 1

Trending

Langgar Besi Penghadang Jalan, Penunggang Motosikal Maut

Kejadian di Kuala Selangor, seorang penunggang motosikal meninggal dunia apabila motosikalnya hilang kawalan dan melanggar besi penghadang jalan.

BACA: Cuba Buat ‘U-Turn’, Dua Penunggang Motosikal Cedera Rempuh Belakang Myvi

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian itu berlaku pada jam 11.59 tengah hari dan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.

IKLAN

Gagal mengawal motosikal

Screenshot 2021 11 15 at 113338 am
Foto Sinar Harian

Superintendan Ramli Kasa, Ketua Polis Daerah Selangor berkata, motosikal mangsa merupakan jenis Suzuki dan menghala ke Kuala Selangor dari Kuala Lumpur. Motosikal mangsa telah melanggar besi penghadang jalan apabila terbabas ke kiri jalan.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa yang melalui jalan berselekoh gagal mengawal motosikal yang ditunggang lalu melanggar batu pembahagi jalan.

Akibat daripada perlanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Semoga keluarga mangsa tabah mengharungi dugaan yang melanda ini. Semoga semua lebih berhati-hati di jalan raya dan jangan lupa untuk pastikan kenderaan anda dalam keadaan yang sempurna dan selamat untuk dinaiki.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas