Connect with us

Oh! Media

Cuba Buat ‘U-Turn’, Dua Penunggang Motosikal Cedera Rempuh Belakang Myvi

Trending

Cuba Buat ‘U-Turn’, Dua Penunggang Motosikal Cedera Rempuh Belakang Myvi

Bercakap mengenai keselamatan jalan raya, setiap pemandu perlu mempelajari serta mengamalkan ciri-ciri keselamatan semasa ingin memulakan pemanduan.

ADVERTISEMENT

BACA: Tendang Cermin Sisi Myvi, Penunggang Motosikal Terima Kecaman Netizen

Hal itu termasuklah memastikan kawasan persekitaran selamat jika ingin membelok atau melakukan pusingan-U bagi mengelakkan dari berlaku sebarang insiden yang mampu meragut nyawa.

Dua penunggang motosikal cedera selepas rempuh belakang Myvi

Namun, terdapat pula sebuah kejadian melibatkan kenderaan Myvi selepas dikatakan menjadi punca dua penunggang motosikal cedera akibat merempuh belakang kereta itu.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, kenderaan itu pada awalnya cuba melakukan pusingan-U dengan menggunakan sebuah lorong di hadapan kedai menjual buah-buahan.

Beberapa saat seketika, datang sebuah motosikal yang meluru laju sebelum merempuh bahagian tepi Myvi tersebut sehingga mendatangkan kecederaan.

Tidak habis disitu, datang lagi sebuah motosikal dan merempuh bahagian belakang kenderaan tersebut menyebabkan individu berkenaan terlompat sebelum mengerang kesakitan.

Kejadian yang dipercayai berlaku pada 9 November lalu itu telah mengejutkan orang disekeliling lokasi sebelum bergegas untuk menolong mereka.

Bagaimanapun, lokasi kejadian serta keadaan terkini kedua-dua penunggang motosikal itu masih tidak diketahui.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat berasa simpati terhadap nasib yang menimpa penunggang motosikal itu selain turut menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap kecuaian pemandu berkenaan.

Selain itu, terdapat juga netizen yang mendakwa pemandu itu tidak memeriksa terlebih dahulu keadaan jalan raya sebelum melakukan pusingan-U.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 46,000 jumlah tontonan serta mendapat 658 tanda suka.

Kredit: Facebook DashCam Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas