Sudah semestinya, kucing adalah salah satu haiwan peliharaan yang sering dijadikan sebagai teman rumah oleh kerana kecomelan serta gelagatnya yang mencuit hati.
Pelbagai baka kucing domestik yang wujud, ada yang tidak berbulu ataupun berekor, dan mereka wujud dalam pelbagai warna yang berlainan dan ada juga yang mempunyai banyak warna.
Bagi mendapatkan baka yang terbaik, ramai individu sanggup berhabiskan ribuan ringgit bagi mendapatkan ia termasuklah kos penjagaannya.
Guru tadika rugi RM69,030 gara-gara kucing Scottish
Namun, perkara tidak terduga berlaku di Negeri Sembilan apabila seorang guru tadika terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM69,030 gara-gara kucing Scottish.
Hal itu selepas di telah menjadi mangsa kepada penipuan atas talian selepas meluahkan hasrat membeli seekor kucing baka tersebut baru-baru ini.
Menurut laporan Kosmo, mangsa berusia 25 tahun dikatakan telah tertarik selepas melihat iklan penjualan kucing Scottish yang berada di Indonesia pada laman Facebook kira-kira pukul 10.52 pagi, 23 Oktober lalu.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Ab. Ghani, mangsa yang menyedari diri tipu nekad membuat laporan di Balai Polis Paroi semalam.
Mangsa berminat untuk membeli dan telah berurusan dengan penjual kucing tersebut di nombor telefon +62 895-3241-29741.
Mangsa bersetuju untuk membeli seekor kucing dengan harga RM 900. Mengikut perbincangan awal, mangsa hanya perlu membayar separuh harga dan selebihnya akan dibayar setelah mendapat kucing tersebut.
Buat 14 transaksi berjumlah RM69,030
Aibee Ab. Ghani berkata, mangsa telah memindahkan wang berjumlah RM450 ke akaun Hong Leong Bank nombor 3385 1035 867 atas nama Tansiaupenga Siagian.
Tambahnya, sepanjang proses pengeposan, mangsa juga turut dikehendaki membayar sejumlah wang bagi melengkap proses tersebut.
Sepanjang proses penghantaran, mangsa dikehendaki membayar sejumlah wang kononnya sebagai prosedur dan sehingga kini membuat 14 transaksi berjumlah RM69,030 pada 23 dan 24 Oktober lalu.
Menurutnya, mangsa telah melakukan transaksi ke dua buah akaun iaitu RHB, 1020 6900 4503 42 dan Maybank, 1600 3736 6616.
Mangsa juga telah memberikan gambar kad pengenalan dan alamat rumah dan turut menzahirkan rasa bimbang jika ia disalahgunakan.
Walaubagaimanapun, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.