Connect with us

Oh! Media

Aksi ‘Sarjan Meow’ Awasi Pembarisan 69 Komando Bikin Netizen Terhibur

Trending

Aksi ‘Sarjan Meow’ Awasi Pembarisan 69 Komando Bikin Netizen Terhibur

69 Komando atau dikenali sebagai VAT 69 merupakan pasukan khusus multi spektrum bercorak separa tentera milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berpengkalan di Perak.

ADVERTISEMENT

BACA: Merekalah Hero Sebenar Rakyat Malaysia Yang Tidak Didendangkan

Antara peranan yang ditetapkan oleh pasukan khusus ini termasuklah melindungi negara bagi mencegah keganasan dan penguatkuasa undang-undang.

Sebelum ini, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Selangor, Datuk K. Kumaran pernah menyeru agar golongan muda menyertai elit polis Komando 69.

Hal itu bagi mencari pelapis muda bagi meneruskan kesinambungan selain mampu menerapkan semangat patriotik serta taat setia kepada negara.

‘Sarjan meow’ lintas pembarisan 69 Komando curi tumpuan ramai

Namun baru-baru ini, sebuah aksi menghiburkan berlaku apabila terdapat seekor kucing yang melintasi pembarisan pegawai dan anggota 69 Komando PDRM.

Gambar itu dirakam oleh jurufoto Bahagian Perhubungan Awam PDRM Bukit Aman yang hadir dirakam ke majlis sambutan ulang tahun ke-52 pasukan tersebut di Markas Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kem Ulu Kinta.

Menerusi hantaran di laman Facebook milik PDRM, aksi si comel itu berjalan di hadapan anggota pembarisan seakan-akan seorang sarjan yang mengawasi mereka.

Berdasarkan hantaran itu juga, mereka sempat berseloroh menyatakan kucing tersebut seperti ingin memastikan semua anggota dalam keadaan yang siap siaga.

Mungkin itu tugas sulit ‘Sarjan Meow’ untuk memastikan barisan dalam keadaan siap siaga sebelum diperiksa oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Hazani Ghazali.

Selain itu, hantaran itu juga sempat mengaitkan tentang anjing pengesan K9 dan bertanya mungkinkah 69 Komando perlu ‘merekrut’ kucing pengesan.

Jika Jabatan Siasatan Jenayah mempunyai anjing pengesan K9, mungkinkah 69 Komando juga memiliki kucing pengesan CAT69?

Netizen turut beri pelbagai reaksi

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat si bulus tersebut selain turut mengucapkan selamat ulang tahun kepada semua anggota VAT69.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 7,000 tanda suka serta dikongsikan sebanyak 450 kali.

Kredit: Facebook PDRM I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas