Connect with us

Oh! Media

Kuantan, Pahang Jadi Pilihan Tempat Persaraan Watak Kento Nanami Dalam Jujutsu Kaisen Sebelum Mati

jujutsu kaisen

Trending

Kuantan, Pahang Jadi Pilihan Tempat Persaraan Watak Kento Nanami Dalam Jujutsu Kaisen Sebelum Mati

Orang Kuantan, Pahang tahu tak yang nama tempat korang disebut dalam Anime Jujutsu Kaisen? Ini selepas satu babak dalam episod terbaru Jujutsu Kaisen di Netflix ada menyebut tentang ibu negeri Pahang itu.

ADVERTISEMENT

Kuantan disebut salah satu watak paling diminati dalam Anime itu iaitu, Kento Nanami. Sebelum Kento mati, dia sempat membayangkan Kuantan sebagai destinasi pilihan untuk dirinya bersara.

Kento merancang untuk tinggal di sebuah rumah di tepi pantas, membaca buku dan menikmati kehidupan yang tenang di Kuantan.

Malaysia…. Malaysia, Kuantan pun okay. Saya akan bina sebuah rumah di kawasan terpencil.

Saya ada banyak buku yang dibeli dan tidak pernah bersentuh. Saya akan baca setiap satu muka surat satu per satu, seakan-akan mengambil masa saya semula yang telah hilang.

Kento kemudian mati dibunuh watak antagonis, Mahito.

Agak mengejutkan sebenarnya sebab tak pernah terfikir di akan orang luar akan sebut nama Kuantan. Biasanya jika cerita luar menyebut Malaysia, mesti akan memetik bandar-bandar lain seperti Kuala Lumpur, Penang dan Johor Bahru.

Inilah bayangan Kento Nanami berada di tepi pantai Kuantan, Pahang…

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Teruskan membaca..

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas