
Trending
KPM Siasat Insiden Murid Yang Dimalukan Guru Di Kantin
Tular satu video menyayat hati melibatkan seorang murid sekolah rendah yang didakwa dimarahi dan dipaksa mengaku kesalahan di hadapan rakan-rakan oleh beberapa guru. Kejadian dipercayai berlaku di sebuah sekolah, dan insiden berkenaan dikatakan memberi kesan emosi mendalam terhadap murid tersebut.
Menurut laporan Berita Harian, video tersebut kemudian diberikan kepada ibu murid terbabit dan menimbulkan kemarahan netizen yang tidak bersetuju dengan cara pengendalian isu disiplin secara terbuka.
KPM ambil serius, Fadhlina Sidek bersuara

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, meluahkan rasa kesal terhadap kejadian itu dan memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menjalankan siasatan menyeluruh.
Guru sentiasa diingatkan dari semasa ke semasa mengenai integriti dan etika sebagai penjawat awam walau apa juga isu yang terjadi.
Fadhlina juga menekankan bahawa sebarang teguran atau perbincangan melibatkan murid seharusnya dilakukan secara beretika dan privasi, bukannya di tempat awam seperti kantin sekolah.
Integriti guru dipertikai?

KPM turut memandang serius isu ini kerana ia membabitkan nama baik dan etika profesional guru yang seharusnya menjadi pelindung emosi serta sahabat kepada murid, bukan punca trauma.
Saya yakin dan percaya ada ruang lebih selamat dan bersifat privasi untuk selesaikan apa saja isu.
Ketua Pengarah Pendidikan juga telah diminta untuk menyiasat lebih lanjut kes ini agar tiada ruang pengulangan insiden sama pada masa akan datang.
Pssttt! Teguran dan disiplin dalam pendidikan perlu disertai empati dan hormat. Jangan sampai niat untuk mendidik berubah menjadi punca luka jiwa anak-anak.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
