Connect with us

Oh! Media

“Kos Kurang Dari RM1, Kenapa Nak Jual RM35?” – Najib Razak Pertikai Harga RFID

najib razak

Trending

“Kos Kurang Dari RM1, Kenapa Nak Jual RM35?” – Najib Razak Pertikai Harga RFID

Datuk Seri Najib Razak, bekas Perdana Menteri Malaysia telah mempertikaikan harga pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) yang dijual pada harga RM35.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Video Najib ‘Palau’ Pak Cik Nak Salam Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Najib Razak telah buat satu posting di Facebooknya berkenaan harga sticker RFID yang sebenarnya memiliki kos kurang dari RM1.

Patut bagi percuma saja

Najib mempersoalkan harga sticker RFID yang dijual pada harga RM35 itu sepatutnya diberikan percuma saja kepada rakyat.

Kos pelekat RFID pasif biasanya bawah RM1 sekeping.

Jadi, kenapa pula dijual pada harga RM35?

Dan adakah syarikat Touch ‘n Go atau Plus Malaysia Berhad (PLUS) akan memberi rebat bagi pemilik SmartTAG yang tidak berfungsi lagi sekiranya plaza tol beralih sepenuhnya kepada sistem RFID?

Najib juga mengatakan Touch ‘n Go sudah bernilai RM3 bilion apabila CIMB telah memperolehi keuntungan tambahan sebanyak RM1.16 bilion pada tahun lepas akibat kenaikan nilai Touch ‘n Go.

Jadi, sebab apa masih mahu jual pelekat RFID yang kosnya kurang dari RM1 pada harga RM35 sekeping?

Jika tidak mahu beri percuma lagi turunkanlah harganya ke RM5.

Najib berharap pihak atasan dapat fokus kepada perniagaan teras, e-wallet dan bukan menerusi keuntungan melampau melalui penjualan sticker RFID ini.

Najib juga mempertahankan rakyat dan meminta kerajaan untuk tidak membebakan rakyat hanya kerana mahu jaga kepentingan bank-bank besar.

Kredit: Facebook | Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas