Connect with us

Oh! Media

Tular Video Najib ‘Palau’ Pak Cik Nak Salam Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Trending

Tular Video Najib ‘Palau’ Pak Cik Nak Salam Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan agar semua kabinet menteri membatalkan niat untuk bercuti serta yang berada di luar negara supaya segera pulang.

ADVERTISEMENT

BACA: Lepas Rina Harun, PM Pula Didakwa Kaut Lumpur Akibat Banjir Acuh Tak Acuh

Sejak dari itu, kelihatan beberapa menteri telah pun pulang dari bercuti serta ada yang turut sama ‘turun padang’ membantu mangsa banjir yang terkesan.

Namun, timbul pula satu isu apabila netizen mula menzahirkan rasa kecewa melihat sikap ‘orang atasan’ yang turun membantu namun pertolongannya dikatakan acuh tak acuh.

Bagaimanapun, semua tuduhan itu telah pun dijawab dan sehingga sekarang, mereka sedang giat memberikan pertolongan serta sumbangan kepada masyarakat yang terkesan.

Tular video pak cik nak salam, Najib Razak tak layan?

Terbaharu, tular pula sebuah video di media sosial memaparkan bekas Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghulurkan bantuan di satu pusat penempatan sementara (PPS) di sebuah sekolah.

Hal yang membuatkan video terbabit menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet adalah apabila terlihat seorang pak cik tua menghulurkan tangan untuk bersalaman bersama beliau.

Najib yang ketika itu sedang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir dikatakan tidak menghiraukannya dan hanya menyerahkan beg berisi barang keperluan.

Ketika menghulurkan bantuan itu, salah seorang individu disebalik bekas Perdana Menteri Malaysia itu telah tampil menyuruh pak cik tersebut membuat fist bump berbanding berjabat tangan.

Di akhir video, Najib Razak dilihat hanya menepuk bahu warga emas itu sebelum beredar untuk melawat ruangan lain untuk diberikan sumbangan.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut mempersoalkan tindakan Najib berikutan isu tidak berjabat tangan, menepuk bahu dan cara beliau menghulurkan beg berisi barang keperluan itu kepada warga emas tersebut.

Selain itu, ada juga netizen yang seakan-akan memerli ahli parlimen Pekan itu memakai jaket keselamatan ketika memberi bantuan kepada mangsa banjir di sekolah berkenaan.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 326,000 jumlah tontonan serta mendapat sebanyak 2,409 tweet semula.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas