Connect with us

Oh! Media

Kongsi Video Dengan Ibu Di TikTok, Netizen Tanya Tips Awet Muda

Cover Photo Om 1200 X 675 66

Trending

Kongsi Video Dengan Ibu Di TikTok, Netizen Tanya Tips Awet Muda

Di media sosial, viral rakaman TikTok menunjukkan seorang gadis bersama ibunya yang dipuji kelihatan awet muda. Sekali pandang, memang nampak macam adik beradik je. Disebabkan itu, ramai yang mula berteka teki berapakah umur sebenar si ibu.

BACA: Selepas Menyanyi, Gadis Popular Di TikTok Ini Mahu Berlakon Pula..

Menerusi temubual bersama mStar Online, Nurain Afiqah Aris berkata, ibunya Zalina Md Zin, bakal mencecah usia 50 tahun dalam tempoh dua tahun lagi. Dia tidak menyangka perkongsian secara ‘suka-suka’ itu mendapat respon positif dari pengguna TikTok.

IKLAN
@nrainfieqh_

tengok la my mom menjeling😂

♬ Psycho – Joseph Angelo Concepcion

Mendapat lebih 200k tontonan, ruangan komen perkongsian itu dipenuhi reaksi netizen yang memuji kecantikan dimiliki ibu. Malah, ada juga yang bertanyakan apakah produk penjagaan kulit yang diamalkannya untuk kelihatan awet muda.

Whatsapp image 2021 08 20 at 121408 pm
Whatsapp image 2021 08 20 at 121420 pm
Whatsapp image 2021 08 20 at 121433 pm
Whatsapp image 2021 08 20 at 121446 pm
Whatsapp image 2021 08 20 at 121500 pm
Whatsapp image 2021 08 20 at 121512 pm

Menurut pelajar Diploma Perakaunan di Politeknik di Melaka ini, sama seperti orang lain, ibunya sangat menitikberatkan penjagaan kulit. Ibu mempunyai produk setia yang sering digunakannya.

Apa yang paling penting, ibu memang seorang yang suka minum air putih dalam kuantiti yang banyak. Bagus untuk kulit katanya.

Kalau nak tahu, dulu berat ibu 60 kilogram lebih tapi sekarang dah 50 kilogram lebih. Mungkin sebab itu juga dia nampak macam kakak-kakak saja.

Sebagai anak perempuan tunggal dalam keluarga, Nurain memang sangat rapat dengan ibunya. Malah, dia akan meminta kebenaran terlebih dahulu sebelum memuat naik foto atau video ibu di media sosial.

Jelasnya lagi, sebaik diberitahu ibu viral dan menerima pujian positif, ibu mengakui segan namun berterima kasih.

Kredit: mStar | TikTok @nrainfieqh_

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas