Connect with us

Oh! Media

“Kalau Bukan Sebab Tu, Mesti Ramai Tak Tahu”, Kluster Genting Bongkar Benda Tersembunyi

Trending

“Kalau Bukan Sebab Tu, Mesti Ramai Tak Tahu”, Kluster Genting Bongkar Benda Tersembunyi

Isu warga asing ni bukanlah perkara baru bagi kita di Malaysia dan isu hangat warga asing seperti isu Rohingya yang pernah meminta hak sama rata seperti rakyat Malaysia dan juga isu Md Rayhan Kabir yang telah menghina Malaysia di mata dunia sepatutnya sudah cukup untuk dijadikan pengajaran buat kita semua. 

ADVERTISEMENT

Lagi isu berkaitan warga asing telah dilaporkan apabila kluster Genting yang dikenal pasti baru-baru ini dikatakan tercetus kerana ada kes indeks seorang warga asing dari Bangladesh yang telah merentas negeri ke Genting Highlands, Pahang dan telah menyebabkan kawan-kawannya turut dijangkati Covid-19 semasa dia dikatakan pulang melawat mereka.

BACA: Genting Rahsiakan Kes Pandemik Sebab Takut Rugi – Ini Dakwaan Palsu!

Disebabkan itu, pada 9 Disember, kerajaan telah pun bersetuju untuk melaksanakan PKPD di ketiga-tiga kawasan membabitkan Apartmen Amber Court, Apartmen Ria dan Rumah Kongsi Kampung Semaut di Bentong, Pahang mulai 10 hingga 23 Disember 2020.

Tinjauan team Oh! Media di laman sosial Twitter, telah mendapati seorang pengguna yang dikenali sebagai @KulupFans telah memuat naik satu posting susulan kes warga asing yang dikatakan telah merentas negeri untuk berjumpa dengan rakan-rakannya di Genting Highland.

Kluster Genting berpunca dari seorang Bangla rentas negeri jumpa kawan-kawan. Kalau tak kerana bangla tu la, mungkin ramai jugak yang tak tahu kat atas tu ada penempatan warga asing sebesar tu.

Dulu lagi orang dah bising pasal penempatan haram warga asing ni. Tapi haram tak bertindak. – Tulisnya di Twitter.

Dia dikatakan cuba untuk mengetengahkan isu penempatan haram warga asing yang dikatakan telah lama wujud di suatu kawasan di Genting Highlands.

Gambar yang dikongsinya itu turut memaparkan keseluruhan kawasan penempatan haram itu yang kelihatan sangat padat dan sememangnya terletak jauh daripada pandangan mata manusia.

Perkongsiannya itu telah berjaya mendapat lebih daripada 4,000 ‘Retweet‘ dan 5,000 ‘likes’ oleh netizen di Twitter. 

pelbagai pendedahan telah dibuat selama ini di media arus perdana dan portal berita online termasuk isu penempatan haram warga asing di Langkawi dan lambakan premis perniagaan yang dikuasai mereka di seluruh negara terutamanya di Lembah Kelang

Ini pula antara luahan netizen di Twitter mengenai isu penempatan warga asing itu.

Semoga pihak atasan boleh selesaikan isu-isu seperti ini dengan segera dan pastikan ianya dilakukan dengan lebih tegas serta menyeluruh supaya isu seperti ini tidak akan berulang kembali.

Kredit: @KulupFans

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas