Connect with us

Oh! Media

KKM Disindir Petugas Kesihatan Gara-Gara Jemput Penyanyi Popular Ke Sambutan Hari Raya

Trending

KKM Disindir Petugas Kesihatan Gara-Gara Jemput Penyanyi Popular Ke Sambutan Hari Raya

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disindir teruk oleh petugas kesihatan selepas menganjurkan majlis raya besar-besaran yang menampilkan artis terkenal.

Menerusi satu hantaran di Facebook, kumpulan Hartal Doktor Kontrak (HDK) menyindir keras KKM mempersoalkan kewajaran belanja besar untuk artis sedangkan staf kesihatan masih ‘terseksa’ dengan isu elaun on-call yang belum naik, tuntutan kerja lebih masa ditolak, dan peralatan perubatan yang tak cukup.

IKLAN

KKM disindir petugas kesihatan

Dengan nada sinis, HDK berkata, mereka rela elaun dipotong asalkan lebih ramai artis dijemput membuat persembahan pada tahun depan.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mengundang kecaman ramai selepas memuat naik foto sekitar majlis sambutan hari raya aidilfitri KKM yang berlangsung penuh meriah.

Dalam hantaran itu, Menteri Kesihatan merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana sudi meluangkan masa bersama warga kerja KKM.

Majlis sambutan raya penuh meriah

Namun, ruangan komen perkongsian dipenuhi reaksi negatif netizen terutama kakitangan kesihatan yang menyifatkan pihak kementerian berseronok makan sedap sambil dihiburkan oleh artis popular.

Untungnya orang-orang kementerian kan. Jamuan level-level kayangn. Artis panggil yang mahal-mahal. Kalau lah budget tu digunakan repair klinik-klinik yang daif lagi bagus.

Sementara mereka terpaksa bekerja lebih keras di lapangan kerana masalah kekurangan staf. Mereka juga merungut mengenai masalah elaun on-call yang sehingga kini didakwa belum diterima.

Duit OT belum masuk. Duit kenaikan gaji tahunan pun tertangguh ni. Staff tak cukup. Makan tak sempat.

Tak cukup dengan itu, petugas kesihatan berpendapat lebih baik wang yang dibelanjakan untuk membayar artis digunakan untuk baiki klinik kesihatan yang daif.

Lebih mengejutkan, ada kakitangan kesihatan yang belum menerima bayaran tuntutan kerja lebih masa selama tiga tahun, dengan alasan KKM tiada bajet.

Namun, sambutan Hari Raya boleh pula dibuat besar-besaran.

Pssttt! Tak sedap pula kalau dah ada rungutan macam ni kan? Semoga KKM dapat menyelesaikan isu melibatkan petugas kesihatan ini dengan baik.

Kredit: Facebook Dr Dzulkefly | Hartal Doktor Kontrak | CodeBlue
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas