Connect with us

Oh! Media

KJ Sahkan Kontak Rapat Lengkap Dos Penggalak Tidak Perlu Kuarantin

Trending

KJ Sahkan Kontak Rapat Lengkap Dos Penggalak Tidak Perlu Kuarantin

Bermula 1 Mac iaitu Selasa ini, individu dewasa yang sudah menerima dos penggalak dan tidak bergejala tidak perlu lagi menjalani kuarantin.

ADVERTISEMENT

BACA : Kontak Rapat Dah Tak Perlu Kuarantin?

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah mengumumkan sekiranya seseorang individu telah menerima vaksinasi lengkap tetapi tidak menerima lagi dos penggalak perlu menjalani kuarantin lima hari sekiranya tidak bergejala atau bergejala.

Menurut laporan Utusan, bagaimanapun bagi individu yang tiada vaksinasi ataupun tidak lengkap perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari sekiranya tidak bergejala ataupun bergejala.

Individu lengkap vaksinasi dan baru dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 60 hari, tidak perlu menjalani kuarantin.

Menurutnya lagi, bagi individu di bawah 18 tahun pula, mereka yang lengkap vaksinasi, perlu menjalani kuarantin lima hari manakala yang tidak lengkap atau tiada vaksinasi, perlu kuarantin selama tujuh hari.

Terdahulu, individu yang didapati menjadi kontak rapat dan belum lengkap vaksinasi, termasuk tiada suntikan dos penggalak diarahkan menjalani kuarantin selama tujuh hari.

Bagi individu yang sudah menerima suntikan dos penggalak, mereka hanya perlu menjalani kuarantin selama lima hari sekiranya didapati menjadi kontak rapat kes positif.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas