Trending
KJ Dan Shahril Lancar Aplikasi AI ‘Kelas Sekejap’ Bantu Rakyat Malaysia Pandai Speaking!
KJ dan Shahril lancar aplikasi AI ‘Kelas Sekejap’ bantu rakyat Malaysia lebih yakin bertutur Bahasa Inggeris.
Siapa sangka belajar Bahasa Inggeris kini semakin mudah? Terbaru, Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan tampil memperkenalkan aplikasi pembelajaran AI pertama di Malaysia untuk bantu rakyat lebih yakin bertutur dalam Bahasa Inggeris – dikenali sebagai Kelas Sekejap.
Dilancarkan pada 26 Januari 2026, platform ini bermatlamat menjadikan keyakinan bertutur Bahasa Inggeris sebagai kemahiran praktikal yang boleh dibina oleh semua rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang, umur atau tahap permulaan.
Fokus latihan ‘learn by talking’, bukan sekadar menghafal

Aplikasi ini direka khas untuk latihan perbualan sebenar agar pengguna dapat bina keyakinan bertutur dalam situasi harian, temu duga dan tempat kerja. Fuh, lepas ni tak takut dah speaking dengan bos atau pelancong!
Kelas Sekejap dibangunkan untuk menangani jurang ini melalui pendekatan Learn by Talking, yang menumpukan kepada latihan bertutur melalui perbualan sebenar – bukan hafalan perkataan, latihan menaip ayat atau latih tubi tatabahasa. Pendekatan ini menekankan penggunaan harian dan latihan berpandu bagi membina keyakinan secara berperingkat.

Menurut KJ, walaupun ramai rakyat Malaysia faham Bahasa Inggeris, ramai yang masih malu dan takut nak bertutur sebab kurang yakin.
Ramai rakyat Malaysia memahami Bahasa Inggeris, tetapi berdepan masalah keyakinan untuk bertutur. Kelas Sekejap dibina sebagai alat sokongan pembelajaran, dengan AI membantu membimbing pengguna mengikut tahap dan keperluan masing-masing.
Shahril pula melihat aplikasi ini sebagai contoh bagaimana teknologi AI boleh dimanfaatkan untuk tujuan baik.
Ini ialah contoh AI berteraskan tujuan. AI digunakan sebagai alat untuk membantu, bukan menggantikan manusia, supaya lebih ramai rakyat Malaysia boleh membina keyakinan bertutur tanpa mengira tahap kecekapan.
Aplikasi ini dibangunkan oleh Isaac Tan Heng Wai, bekas CTO di SUPA (Supahands), yang pernah mengetuai sistem AI berskala besar di Asia Tenggara.
Ciri menarik Kelas Sekejap dan pelan langganan

Kelas Sekejap beroperasi sebagai platform latihan perbualan yang menyokong pembangunan
kefasihan melalui:
● Perbualan sebenar bersama tutor AI yang menyesuaikan tahap pengguna
● Senario pembelajaran diperibadikan berdasarkan sejarah dan minat pengguna
● Maklum balas berstruktur yang jelas dan membina
● Sistem pembelajaran bergamifikasi dengan streak, XP dan papan pendahulu
● Latihan serta pembetulan sebutan
Platform ini direka agar boleh diakses merentas semua tahap kecekapan, membolehkan
pengguna daripada pelbagai latar belakang dan peringkat umur berlatih bertutur dalam
persekitaran yang berstruktur dan rendah tekanan.
Akses dan harga

Kelas Sekejap menawarkan pelan percuma dan berbayar.
Pengguna percuma menerima:
● 2 sesi perbualan berpandu setiap hari
● Sentence Sprint harian tanpa had
● Latihan frasa terhad
● Maklum balas asas
Pengguna Pro menerima:
● Perbualan berpandu tanpa had
● Akses penuh latihan frasa
● Laporan maklum balas lanjutan
● Sokongan keutamaan
● Bonus syiling harian
Sempena pelancaran awam, Kelas Sekejap Pro kini ditawarkan pada harga promosi RM1 sehari.
Aplikasi ini kini boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store. Nak info lebih lanjut? Layari kelassekejap.com atau ikuti @kelas_sekejap di media sosial.
Pssttt! Inisiatif KJ dan Shahril ni memang win! Tak ramai sanggup turun padang fikir solusi untuk bantu rakyat tingkatkan keyakinan dalam Bahasa Inggeris. Harapnya, Kelas Sekejap jadi permulaan kepada lebih banyak platform pembelajaran yang mesra, murah dan menyeronokkan!
Kredit: Keluar Sekejap
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Dulu Tak Suka Dunia Hiburan, Kini David Teo Penerbit Di Sebalik Lebih 100 Filem | Oh! Podcast Ep22
OH! MEDIA 21/01/2026 6:54 PM