Connect with us

Oh! Media

Kit Ujian Kendiri Hanya RM6.90?

kit ujian kendiri

Trending

Kit Ujian Kendiri Hanya RM6.90?

Banyak kedai selain farmasi yang kini berpeluang untuk menjual kit ujian kendiri Covid-19. Terbaharu, harga untuk kit ujian kendiri ini boleh didapati dengan harga serendah RM6.90.

ADVERTISEMENT

BACA: Harga Kit Ujian Kendiri Dijangka Turun Lagi Ke Paras RM10?

Antara lokasi yang menjual dengan harga mampu milik ini adalah di pasar raya, kedai serbaneka dan juga beberapa stesen minyak tertentu.

Ada premis menjual RM6.60

kit ujian kendiri

Menerusi Sinar Harian, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, penjualan kit ini akan dilakukan secara berperingkat termasuk di pasar raya, kedai serbaneka dan stesen minyak.

Ini tentunya satu berita yang sangat baik kepada pengguna pada situasi hari ini.


Beliau menjelaskan, ada juga peniaga yang menjual dengan harga lebih rendah, iaitu RM6.60 seunit, seperti di kedai Serbaneka KK Supermarket, walaupun kerajaan telah menawarkan harga RM6.90 seunit.

Nanta berkata, keputusan kerajaan untuk memperluaskan penjualan kit ujian kendiri di pelbagai kedai akan memberi kebaikan kepada ramai pihak kerana sudah pasti, akan ada penurunan harga, meningkatkan daya saing ekonomi dan bekalan tidak akan pernah putus.

2,570 premis dapat kelulusan

Menurut Sinar Harian, sejumlah 2,570 premis perniagaan telah mendapat kelulusan menjual kit itu, dan 494 daripadanya adalah di bawah pengurusan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd termasuk di KLIA 2.

Harga siling kit ujian kendiri ini akan diumumkan dalam masa terdekat, dan akan diturunkan pada tahap yang memberi keadilan kepada semua pengguna dan juga peniaga.

Kita boleh tengok di mana paras kita boleh letak dan memastikan pengguna boleh membeli dengan mengikut kehendak mereka termasuk dari segi jenama dan kualiti. Kita mesti juga memberi peluang kepada pengguna membuat pilihan.

Harga siling baharu juga harus mengambil kira peniaga yang perlu mengimport kit berkenaan dari negara berlainan. – Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Beliau juga menjelaskan bahawa persaingan menjual kit ujian ini akan menurunkan harga jualan runcit. Semua peniaga perlu mengikut konsep penawaran dan permintaan agar kerajaan tidak perlu guna kuasa menyekat dan membuat peraturan.

Semoga dengan harga yang rendah ini dapat membantu masyarakat untuk sentiasa melakukan ujian kendiri apabila diperlukan. Paling penting, sebelum berjumpa dengan keluarga di kampung, lakukan ujian kendiri terlebih dahulu untuk langkah berjaga-jaga.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media


Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas