Connect with us

Oh! Media

Kisah Cerai Pernah Jadi Kontroversi, Pengikut Teruja Intan Liana Dah Ada Pengganti

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 09 20t030357320

Trending

Kisah Cerai Pernah Jadi Kontroversi, Pengikut Teruja Intan Liana Dah Ada Pengganti

Kisah penceraian Intan Liana bersama bekas suaminya, Ude pernah menjadi bualan hangat suatu ketika dahulu. Meskipun sudah beberapa tahun berlalu, Intan sehingga kini masih menerima sokongan daripada orang ramai yang mahu melihat dirinya bahagia.

BACA: Dikecam Pertemukan Intan & Izreen Azminda, Penerbit Program Buka Mulut

Terbaru, Intan Liana Saleh atau lebih dikenali sebagai Bonda menarik perhatian pengikut Instagram apabila memuat naik momen bahagia bersama seorang jejaka. Dalam hantaran itu, dia mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa seharian melayan dua orang anak lelakinya.

IKLAN

Meskipun tidak memperkenalkan siapakah lelaki tersebut, pengikut seolah-olah dapat meneka hubungan baik yang berputik di antara mereka. Pengikut turut meluahkan rasa teruja melihat Intan yang sangat ceria di samping anak-anak.

Di kesempatan itu, pengikut mendoakan semoga hubungan mereka kekal selamanya. Kalau ada jodoh, cepat-cepatlah naik pelamin, betul tak?

Intan Liana

Walau apa pun status hubungan di antara mereka, diharapkan yang terbaik sahaja buat ibu kepada dua anak ini.

Kredit: Instagram Intan Salleh

+Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas