Connect with us

Oh! Media

Khemah Runtuh Dan Juadah Tidak Boleh Dijual, Dugaan Para Peniaga Di Bazar Ramadan

Trending

Khemah Runtuh Dan Juadah Tidak Boleh Dijual, Dugaan Para Peniaga Di Bazar Ramadan

Bazar Ramadan menjadi tempat untuk mencari sumber pendapatan bagi para peniaga lagi-lagi ketika pandemik ini. Berhubung dengan cuaca yang tidak menentu di beberapa tempat menyebabkan para peniaga terpaksa berhadapan dengan dugaan dan ujian ketika berniaga di bazar Ramadan.

ADVERTISEMENT

Menerusi laporan Berita Harian, peniaga bazar Ramadan di Negeri Sembilan diuji apabila khemah para peniaga runtuh akibat ribut dan hujan lebat di negeri itu. Didapati 11 khemah peniaga bazar Ramadan di Medan Nusari Sendayan runtuh dan 30 peniaga bazar Ramadan di Garden Homes Seremban 2 turut terjejas, semalam.

Mereka diuji apabila hujan lebat dan ribut menyebabkan kawasan bazar mereka mengalami banjir kilat.

Dikhabarkan kejadian berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika beberapa peniaga baru sahaja ingin memulakan perniagaan. Menurut peniaga yang juga petugas bazar tersebut, kejadian hujan lebat dan ribut berlaku dengan pantas hingga menyebabkan khemah para peniaga runtuh.

Bukan itu sahaja, ada juga makanan yang hendak dijual rosak akibat hujan lebat namun masih ada lagi yang sempat diselamatkan. Setelah hujan dan ribut reda, para peniaga dapat meneruskan semula perniagaan dengan baki barangan makanan yang boleh dijual.

Semoga para peniaga dikurniakan kesabaran dalam mencari rezeki di bulan Ramadan.

Kredit : Berita Harian

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas