Connect with us

Oh! Media

Khalid Ali Setuju Jika TMJ Ambil Alih Skuad Kebangsaan

Trending

Khalid Ali Setuju Jika TMJ Ambil Alih Skuad Kebangsaan

Bekas pemain negara, Khalid Ali memberi sokongan kepada Tengku Mahkota Johor (TMJ) untuk mengendalikan skuad Harimau Malaya tetapi dengan syarat.

ADVERTISEMENT

Beliau berkata, TMJ merupakan individu yang tepat untuk mengendalikan skuad negara kerana kejayaannya yang mengendalikan skuad Harimau Selatan selain mempunyai ilmu pengurusan bola sepak yang tinggi, kewangan dan mampu menyediakan fasiliti yang lengkap untuk pemain.

Menurut laporan Harian Metro, Khalid menyatakan dua syarat antaranya program pembangunan perlu diteruskan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tanpa mengganggu Tunku Ismail dan pertimbangkan kriteria calon tonggak naturalisasi yang benar-benar berkualiti sahaja untuk mewakili negara. 

“Tapi saya tidak mahu FAM bagi semuanya kerana FAM ada tanggungjawab sendiri. Mereka kena buat pembangunan dengan melahirkan lebih ramai pemain tempatan yang bagus.

“Saya lihat pemain yang ada sekarang (dalam skuad Harimau Malaya) boleh main mungkin lagi tiga hingga empat tahun sebelum mereka bersara. Jadi kita kena ada pelapis yang berkualiti dan jangan harap sangat kepada pemain naturalisasi.

“Kalau nak kata AMD (Akademi Mokhtar Dahari) saja untuk pembangunan pemain muda, bagi saya tak cukup. Di AMD mungkin boleh keluar sorang atau dua sahaja pemain yang sama ‘level’ macam Luqman Hakim Shamsudin, tapi sebenarnya kita nak lebih ramai lagi.

“Banyakkan program akar umbi seperti program Mencari Ramli, Soccer Kids atau liga-liga di setiap negeri untuk cungkil pemain. Kita kena ingat juga, Tunku Ismail pun kalau nak berjaya dengan pasukan kebangsaan perlu dibekalkan pemain berkualiti.

“Bukan saja Tunku Ismail, kalau kita bawa jurulatih hebat dari Brazil atau England pun, kalau pemain tak berkualiti, kita takkan ke mana-mana. Dalam hal ini, FAM kena ucap terima kasih kepada Tunku Ismail yang ambil berat pasal pasukan” katanya kepada Arena Metro.

Semalam, FAM telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedang mempertimbangkan tawaran Tunku Ismail untuk menguruskan skuad kebangsaan.

Jelas Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, perkara itu akan diperhalusi sebaiknya mengikut tatacara, prosedur, peraturan serta mesyuarat tertentu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Kena ambil yang betul-betul ada kualiti. Sebab akhirnya kalau tak menjadi (prestasi pemain naturalisasi tidak capai tahap diharapkan), FAM juga akan dipersalahkan.

“Boleh ambik naturalisasi tapi ambil yang baguslah,” katanya.

Kredit : HarianMetro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas