Connect with us

Oh! Media

Kesihatan Mental Seorang Gadis Kembali Pulih Selepas 7 Tahun Memeluk Islam?

Article 3 22 11

Trending

Kesihatan Mental Seorang Gadis Kembali Pulih Selepas 7 Tahun Memeluk Islam?

Gadis yang bernama Persephone Rizvi yang telah menganut agama islam sejak tujuh tahun lalu, menyatakan bahawa kesihatan mental dia kini semakin pulih.

BACA: Ramai Sertai #hellowecan Kempen Kesihatan Mental Sebab Dapat Derma RM10

Menerusi laporan Sinar Harian, gadis yang berumur 27 tahun itu memberitahu bahawa sebelum dia memeluk islam, dia pernah cuba untuk membunuh diri dek kerana gaya hidupnya yang tidak sihat.

IKLAN

Hidup berubah selepas memeluk Islam

1276007
Persephone Rizvi

Persephone Rizvi merupakan seseorang yang minum minuman keras, pergi ke club parti sehingga jam 4 atau 5 pagi dan terlibat dalam pergaduhan sebelum membuat keputusan untuk menjadi seorang muslim.

Rizvi telah berkongsi kisah hidupnya yang berubah secara drastik selepas memeluk Islam dalam satu dokumentari ‘This Girls Changed’. Sekarang, semuanya menjadi lebih sempurna kerana menurutnya Islam mengajarnya untuk merendahkan egonya, bercakap dengan cara yang lebih elok dan tidak lagi mengumpat serta ‘bergossip’ tentang orang lain.

Cara pemakaian Rizvi juga sudah berubah dan dia tidak lagi pakai pakaian yang menjolok mata dan cuba untuk mengikut syariat Islam. Tiada lagi gambar-gambar yang tidak menutup aurat di akaun Facebooknya. Ibu bapanya juga memberi sokongan moral kepadanya untuk memeluk Islam.

Alhamdulillah, semoga gadis ini terus istiqamah dalam melakukan ibadah kejalan Allah. Sesungguhnya, Islam ini merupakan agama yang terpuji dan disenangi. Semoga makin ramai yang akan terbuka hati memeluk islam selepas membaca atau mendengar cerita mengenai gadis ini.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas