Trending
Kes Simen Mayat Wanita Dalam Kolah, Polis Buru Dua Bekas Penyewa
Gempar! Mayat seorang wanita ditemui ditanam dalam simen di bilik air sebuah rumah di Kampung Pendamar, Klang.
Susulan itu, pihak polis kini sedang mengesan dua lelaki warga asing dikenali sebagai Ranjit Singh dan Mandeep Singh yang merupakan penyewa di rumah itu sebelum ini.

Pihak polis menyeru sesiapa yang ada maklumat segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerusi talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, media melaporkan suspek menyewa di rumah tersebut selama dua tahun bermula Ogos 2019 hingga Oktober 2021.
Semasa penyewa pindah keluar, pemilik membuat pemeriksaan rumah dan mendapati ada simen tambahan dalam bilik air rumah.
Apabila ditanya, penyewa memaklumkan ada bangkai tikus mengalir masuk ke dalam kolah mandi itu menyebabkan terpaksa menambah simen.
Tanpa mengesyaki apa-apa, tuan rumah itu telah menyewakan kediaman berkenaan kepada orang lain pula.
November lalu, pemilik meminta seorang lelaki warga asing membaiki bumbung rumah dan semasa membayar gaji, lelaki itu memberitahu ada mayat di dalam kolah.
Maklumat itu diterima daripada seorang lelaki warga asing yang telah balik ke negara asal. Bagi mengesahkan perkara ini, pengadu telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Pihak polis bersama pasukan bomba dan forensik terus ke tempat kejadian dan menemui mayat dipercayai perempuan dewasa telah disimen.
Setakat ini, seorang lelaki warga asing berusia 53 tahun ditahan reman selama 7 hari bagi membantu siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dua lagi suspek iaitu Ranjit Singh dan Mandeep Singh masih diburu.
BACA: Gara-Gara Baju Yang Diberi ‘Awek’ Kena Rembat, Adik Simen Mayat Abang Dalam Tong Air
Kredit: Sinar Harian
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
