Connect with us

Oh! Media

autisme

Trending

Kes Bun*h Kanak-Kanak Autisme Disember Lalu, Ibu Bapa Mangsa Ditahan

Disember tahun lalu, negara digemparkan dengan kejadian kes bunuh melibatkan seorang kanak-kanak autisme di Damansara Damai.

Mayat kanak-kanak berusia 6 tahun yang pada awalnya dilaporkan hilang ditemukan di kawasan saliran air kira-kira 200 meter dari kediaman keluarganya oleh orang awam yang menyertai operasi mencari mangsa.

IKLAN
reman polis

Dalam perkembangan terbaru, Harian Metro melaporkan ibu bapa mangsa telah ditahan polis hari ini.

Mereka ditahan kira-kira jam 11 pagi ketika berada di kediaman keluarganya di Puncak Alam, Selangor.

Pasangan suami isteri berusia 28 tahun itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut.

Lapor sumber Harian Metro lagi, setakat ini tiada maklumat berhubung siasatan yang sedang dijalankan polis terhadap pasangan terbabit.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan penahanan pasangan terbabit.

Jelasnya, mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Sabtu untuk permohonan reman.

Tangkapan berpandukan risikan sejak hari kejadian sehingga sekarang. Tangkapan ini membantu siasatan.

Difahamkan, ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu disyaki membunuh.

Justeru, Mahkamah Majistret membenarkan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas