Connect with us

Oh! Media

Kes Buli MRSM, 6 Pelajar Digantung Sekolah Serta Merta

Trending

Kes Buli MRSM, 6 Pelajar Digantung Sekolah Serta Merta

Seramai enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang disyaki terlibat dalam kes buli di asrama ditahan polis untuk membantu siasatan.

ADVERTISEMENT

BACA: Pelajar Dalam Video Viral Dah Dipanggil Beri Keterangan

Lapor Harian Metro, mereka juga telah digantung persekolahan selama dua minggu dengan serta merta.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pelajar yang terlibat turut dicadangkan untuk ditamatkan pengajian di sekolah itu.

Foto:  Luqman Hakim Zubir/Harian Metro

Jelasnya, dalam laporan yang disediakan Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) MRSM, seramai 10 orang pelajar yang terbabit dengan kejadian itu dipanggil.

Enam pelajar terbabit memukul mangsa manakala empat pelajar yang berada di lokasi kejadian didapati bersubahat dan membuat provokasi.

Pelajar-pelajar ini berada di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.

Katanya lagi, kejadian ini turut mendapat perhatian serius daripada Mara. Tindakan sewajarnya akan diambil kepada pelajar terlibat.

Mara mengambil tindakan gantung sekolah berdasarkan siasatan dalaman dan mengikut peruntukan hukuman yang ditetapkan JDM. Kes ini seterusnya akan dibawa kepada Jawatankuasa Disiplin Rayuan Maktab.

mrsm

Mengenai siasatan luaran oleh pihak polis, pihaknya tidak mencampuri urusan dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa.

Beliau turut meluahkan rasa kecewa apabila pelajar pandai, dipanggil temuduga saringan serta berkualiti dari segi pendidikan dan ko-kurikulum terdedah dengan perbuatan seperti itu.

Ini emosi anak muda, kalau kita baca laporan penuh itu ia lebih kepada kemarahan, kalau kau lapor benda (perkara) ini aku akan buat kau, lebih kurang macam itulah.

Tak tahulah sekiranya ada peluang kedua dalam hidup dia (mereka), budak-budak lagi, kita akan laksanakan cadangan itu bermakna dia pergi sekolah lain.

Bagaimanapun, ianya tidak mengganggu proses pengambilan pelajar pada tahun hadapan.

Kredit: Harian Metro (Noorazura Abdul Rahman)

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas