Connect with us

Oh! Media

Kereta Habis Minyak Dan Berlaku Kerosakan, Motosikal Pekerja Dibakar Majikan

Trending

Kereta Habis Minyak Dan Berlaku Kerosakan, Motosikal Pekerja Dibakar Majikan

Dilaporkan seorang pemilik kilang memproses ayam berusia 40 tahun ditahan di kawasan Tasek Gelugor kerana dipercayai membakar motosikal pekerjanya pada Selasa lalu.

Polis menerima laporan daripada mangsa yang juga merupakan pekerja kilang itu mendakwa motosikal yang ditinggalnya di kilang didapati hanya tinggal kerangka dipercayai dibakar oleh majikannya.

Dia mengesyaki motosikalnya dibakar oleh majikan kerana terdapat berlaku perselisihan faham antara mereka sehari sebelum kejadian.

Bukan itu saja, mangsa juga turut memperoleh gambar motosikalnya itu daripada majikannya yang dihantar melalui telefon bimbit, lapor Harian Metro.

IKLAN

Mangsa meninggalkan motosikalnya di tempat kerja disebabkan berlaku kerosakan kecil pada motosikal miliknya. Hasil siasatan mendapati, punca kejadian ialah suspek tidak berpuas hati dan marah kerana pekerjanya menggunakan keretanya untuk bertemu rakan sehingga kehabisan minyak petrol dan ditinggalkan di tepi jalan.

Apabila suspek dan mangsa pergi ke lokasi kereta ditinggalkan keesokan harinya didapati kenderaan tersebut tidak dapat bergerak kerana ada kerosakan walaupun sudah diisi minyak.

Suspek marah lalu membakar motosikal pekerjanya yang disaksikan oleh ibu serta jiran suspek yang cuba untuk menghalang.

Tidak hanya itu, bahkan suspek mengambil gambar motosikal pekerjanya dalam keadaan terbakar lalu dihantar kepada pekerjanya.

Ujian saringan air kencing dilakukan dan mendapati suspek bebas daripada dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Kredit : Harian Metro

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas