Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Setuju Tangguh Pemotongan Elektrik Domestik Di Semenanjung Hingga Jun

Ohmedia 13

Trending

Kerajaan Setuju Tangguh Pemotongan Elektrik Domestik Di Semenanjung Hingga Jun

Rakyat Malaysia masih menantikan pengumuman samaada kerajaan akan memutuskan untuk melaksanakan PKP atau Full Lockdown hari ini. Bagaimanapun, dalam satu kenyataan kerajaan telah bersetuju untuk tidak melakukan sebarang pemotongan elektrik terhadap pengguna domestik sehingga akhir bulan Jun 2021.

Dengan syarat, pengguna tidak boleh mempunyai jumlah tunggakan melebihi enam bulan sepanjang 1 Januari hingga 31 Mac 2021.

Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli turut menyatakan yang pihak kerajaan akan meneruskan Pelan Bayaran Mudah selama enam bulan sehingga akhir bulan Jun.

IKLAN

Melalui pelaksanaan inisiatif ini, dianggarkan 6.96 juta pengguna domestik di Semenanjung memperoleh manfaat ini. – Katanya.

Jika Full Lockdown dilaksanakan pihak kerajaan diharapkan lebih banyak bantuan diberikan kepada rakyat terutama mereka yang berniaga dan terpaksa menanggung kerugian berganda sejak setahun lalu lagi.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas