Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Setuju Beri Dos Ketiga Vaksin

F6e0f206 0f73 426c b017 2d9479b00e61

Trending

Kerajaan Setuju Beri Dos Ketiga Vaksin

Sebelum ini, ada ura-ura mengatakan bahawa kita semua perlu mengambil dos ketiga vaksin kan? Untuk makluman, kerajaan telah bersetuju melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin selepas liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 80 peratus.

BACA : Boleh Rentas Negeri, Tapi Aktiviti Berkumpulan Perlu Dielak?

Menurut laporan Berita Harian, keutamaan akan diberikan terlebih dahulu kepada kumpulan yang berisiko tinggi sebelum diperluaskan dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

IKLAN

Kumpulan yang berisiko tinggi untuk mendapatkan suntikan ‘booster’ itu meliputi anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun, warga emas dengan komorbiditi, serta individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang.

Suntikan dos ketiga ini dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan, yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua.

Apa pandangan korang? Semoga usaha ini dapat mengurangkan risiko semua orang daripada dijangkiti wabak dan menjadikan kehidupan kita macam sebelum-sebelum ini.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas